Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mangsa kebakaran Kg Bharu ditawar menduduki rumah transit

Mangsa kebakaran Kg Bharu ditawar menduduki rumah transit

Oleh MALAYSIA DATELINEJune 15, 2019 2:35 pm




Mangsa kebakaran di Kg Bharu Kuala Lumpur yang ditempatkan di penempatan sementara di Dewan Serbaguna Jalan Hamzah Kg. Bharu hari ini diberikan surat tawaran menduduki rumah transit oleh Dewan Bandaraya kuala Lumpur (DBKL).

Majlis penyerahan surat tawaran disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad di penempatan sementara mangsa kebakaran tersebut.

Salah seorang penerima surat tawaran memeluk Menteri Wilayah Persekutuan tanda kegembiraan.

Dalam majlis berkenaan, Khalid berkata, pihak DBKL telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan berbentuk penempatan sementara mangsa ke PPR Intan Baiduri dan penempatan transit tersebut adalah untuk selama 6 bulan dengan kadar sewa sebanyak RM124 sebulan.

Mangsa-mangsa kebakaran berkenaan katanya, boleh melanjutkan penempatan di rumah transit berkenaan jika mereka mahu dan perlu membuat mohon permohonan.

“Walau bagaimanapun bagi mengurangkan beban yang ditanggung mangsa, kita bersetuju untuk mengecualikan sewa untuk 3 bulan yang pertama. Ini bermaksud mereka hanya perlu membayar sewa untuk 3 bulan terakhir sahaja,” kata beliau.

Pada majlis itu DBKL juga menyampaikan bantuan bencana dalam bentuk wang tunai berjumlah RM500 untuk satu keluarga bagi mengurangkan beban mangsa2 kebakaran ini.

Selain itu, DBKL juga turut menyediakan pengangkutan iaitu sebuah lori dari Pejabat Cawangan Titiwangsa bagi membantu mangsa untuk mengangkut barang-barang ke penempatan sementara di PPR terbabit.

Mangsa-mangsa terlibat akan mula berpindah masuk bermula esok dan hari ini mereka akan mula mengemas barang dan menyiapkan urusan masuk rumah seperti mengisi borang dan mengambil kunci.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

Penang vs Kelantan: Which state government is more competent?

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Gesaan sidang Parlimen, Ahmad Maslan dibidas sekongkol dengan Anwar

Pakej bantuan ‘semangkuk cendol’ PN penuhi selera tapi tidak mengenyangkan

Kisah Bangla mati, Sahalam dan bhabi

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production