Manifesto BN guna semula beg plastik tindakan bodoh, kata DAP

Manifesto BN guna semula beg plastik tindakan bodoh, kata DAP

Lim Lip Eng

Ketika masyarakat antarabangsa berusaha untuk menjamin alam sekitar yang sihat sebaliknya tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kembali mengunakan beg plastik disifatkan sebagai tindakan yang ‘bodoh’ oleh pimpinan DAP.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, kenyataan dikeluarkan Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Satim Diman itu akan mewujudkan sebuah ‘bandaraya plastik’ di Selangor sekiranya ia dijadikan manifesto BN.

“Tidak masuk akan mengapa BN perlu tunggu pilihan raya?

“Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan (Tengku Mansor), yang juga menteri Wilayah Persekutuan, patut laksanakan manifesto BN dengan menarik balik larangan beg plastik dan bungkusan polistiren di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Mungkin kita patut promosikan tiga bandar ini di mata dunia sebagai ‘bandar-bandar plastik’ untuk menarik pembeli yang suka menggunakan beg plastik percuma,” sindirnya dalam kenyataan hari ini.

Penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin di Wilayah Persekutuan dikuatkuasakan mulai 1 September 2017.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dilaporkan berkata tindakan itu susulan pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi (boleh urai).

Lim juga mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri MOhd Najib Razak mewajibkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang baru dilancarkan baru-baru ini supaya mengedarkan beg plastik percuma di seluruh negara dengan serta-merta.

Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polisterin setiap hari bagi semua pusat komersial utama mulai 1 Januari lalu, selepas membuat peraturan sama setiap Sabtu sejak 2010.

Bagi pengguna yang tetap ingin menggunakannya, mereka bagaimanapun boleh mendapatkan ia dengan membayar tambahan 20sen setiap satu.

Dasar itu bagaimanapun dikritik selepas mendapati bayaran itu tidak disalurkan kepada kerajaan negeri sebaliknya didakwa hanya menguntungkan peniaga.

COMMENTS

Wordpress (0)