Manifesto BN tidak bela wanita, kata Wanita PH

Manifesto BN tidak bela wanita, kata Wanita PH

Manifesto Barisan Nasional (BN) merupakan janji-janji yang sebahagian besar daripadanya telahpun dilaksanakan untuk memartabatkan kaum wanita  oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang .

Ketua Wanita PH Zuraida Kamaruddin berkata, 90 peratus janji BN untuk wanita telah dilaksanakan oleh Negeri Selangor melalui pelbagai program dan inisiatif yang berterusan di bawah pentadbiran Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Pelaksanaan setiap program berkenaan wanita pula dipertanggungjawabkan kepada seorang pemimpin wanita (Exco Wanita Negeri) yang berkebolehan lantas memahami isi hati, cabaran dan aspirasi wanita Negeri Selangor.

“Buktinya kita boleh lihat dengan penubuhan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor, Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor dan Dasar Wanita Selangor yang jelas menunjukkan kerajaan Negeri Selangor menyediakan satu ekosistem yang kondusif untuk pembangunan wanita,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Zuraida Kamaruddin

Zuraida Kamaruddin

Manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 7 April lalu itu, juga dilihat tidak signifikan dengan perubahan dari segi pembangunan wanita dari sudut ekonomi dan pendidikan sebagaiman telah dilaksanakan di negeri Pulau Pinang dan Selangir selama dua penggal ini.

“Ini membuktikan dari sudut pembangunan wanita, sudah tentu Pakatan Harapan adalah lebih terkehadapan berbanding Barisan Nasional.

“BNgagal dalam meneruskan kesinambungan mengangkat martabat wanita, buktinya dalam Menifesto BN dalam tajuk “Ibu & Wanita” pada perkara pertama jelas menyatakan bahawa isteriperdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor akan menjadi pengerusi Majlis Ekonomi Wanita (MEW).

“Ini adalah satu penghinaan yang amat jelas dan nyata terhadap keyakinan Kerajaan Barisan Nasional terhadap kemampuan wanita Malaysia.

“Bayangkan jika program-program Permata yang diletakkan di bawah Pejabat Isteri Perdana Menteri dengan peruntukkan ratusan juta ringgit, MEW juga seharusnya ditadbir oleh seorang wanita.

“Apakah para pimpinan BN hanya mempercayai Isteri Perdana Menteri yang bukan datang dari pilihan akar umbi berbanding puluhan pemimpin wanita yang berjawatan di dalam parti tersebut?,”solanya.

Justeru perjuangan PH adalah untuk memastikan bukan sahaja inisiatif dan program yang berkesan bagi pembangunan wanita, tetapi juga melatih lebih ramai pemimpin dari kalangan wanita yang faham apa yang dihadapi oleh golongan ini.

“Saya menyeru kepada semua wanita untuk membuat pilihan yang tepat pada Pilihanraya Umum Ke-14 kali ini. Kita perlu tolak pimpinan Umno-BN yang bersifat misogynist dan kita pilih Pakatan Harapan yang lebih progresif, inklusif dan peka kepada keperluan wanita di Malaysia,” katanya.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS