Malaysia Dateline

Manifesto PRU mesti mampu dicapai, logik dan diperlukan rakyat

Manifesto seharusnya merangkumi pelbagai aspek kehidupan untuk dicapai dalam tempoh lima tahun pemerintahan.

Malahan ia juga melibatkan tawaran, polisi, kaedah termasuklah rang undang-undang (RUU) dan sebagainya.

Namun begitu sebahagian besarnya membabitkan peruntukan kewangan yang besar.

Pengarah Komunikasi dan Penerangan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berkata hudud dan RUU 355, juga pernah dijadikan manifesto oleh parti politik.

Dr Zaidi Zakaria

Namun, ia tidak mampu untuk direalisasikan sama seperti penghapusan tol Lebuh Raya Utara Selatan.

“Ianya perlu, amat teruja dan menarik bagi majoriti rakyat. Namun begitu, apakah kerajaan yang menang PRU nanti mampu untuk membayar pampasan perjanjian konsesi.

“Satu guru, satu komputer riba. Ia kedengaran logik dan komputer adalah satu keperluan bagi hampir semua bidang mahupun profesion.

“Logiknya jika hendak diberikan komputer riba bukanlah hanya untuk para guru sahaja, sepatutnya bagi semua profesion,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Jelasnya, tawaran 200,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik bagi setiap negeri dalam tempoh lima tahun pula, kelihatan seperti mampu, logik dan satu keperluan.

“Ini membawa erti semua parti boleh menawarkan ‘langit dan bumi’ kepada para pengundi demi meraih undi,” ujarnya.

Walau bagaimana pun, tegas Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang itu, yang terbaik adalah manifesto yang bertanggungjawab, mampu dicapai, logik berdasarkan kepada situasi semasa serta merupakan satu keperluan tinggi bagi rakyat jelata.

Baca juga Kelas Demokrasi diteruskan di luar UiTM, giliran UM pula malam ini

Baca juga Wah! Heinz cipta jubah kalis kotoran, kekal putih bersih!