G Manivannan dari Kapar ke Hutan Melintang

G Manivannan dari Kapar ke Hutan Melintang

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak hari ini mengumumkan senarai barisan calon bagi 5 kerusi Parlimen dan 14 kerusi  Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini.

PKR menampilkan 10 calon muka baru, 8 calon muda, 3 calon wanita dan 5 kerusi untuk kaum Cina, 2 kerusi kaum India.

PKR meletakkan N09 Batu Kurau calon termuda Muhammad Aiman Aizuddinseorang ahli perniagaan yang berusia 29 tahun anak kelahiran Batu Kurau.

Bagi penyandang dua penggal N09 Kuala Kurau Abdul Yunus Jamari dan penyandang N13 Kuala Sepetang Chua Yee Liang dikekalkan di kerusi sama.

Bekas ahli Parlimen Kapar G. Manivannan Gowindasamay penyandang  dipindahkan bertanding di kerusi N54 Hutan Melintang. Manakala Penyandang kerusi Hutan Melintang Kesavan Subramanian dicalonkan di kerusi  P62 Sungai Siput.

Ketua AMK Negeri Perak Mohd Azlan Helmi dicalonkan di kerusi N43 Tualang Sekah.

Menurut Pengerusi PKR Negeri Perak Datuk Dr Muhammad Noor Manuty. PKR dan Pakatan Harapan Negeri Perak sudah bersiap sedia dengan jentera pilihan raya untuk memastikan calon Pakatan Harapan di negeri itu menang pada PRU14.

” Kita telahpun memuktamadkan senarai bakal calon Parlimen dan Dun untuk PRU14.

“Kami ingin ucapankan berbanyak terima kasih kepada semua pihak dan diharapkan media membuat liputan sebaik mungkin kepada calon-calon yang bertanding termasuk calon Pakatan Harapan.

“Kami bersiap sedia menampilkan calon terbaik di kalangan pimpinan kami terdiri daripada profesional yang akan dapat memberikan sumbangan pada PH.

“Kami juga sudah bersiap sedia akan hadapi serangan balas BN seperti mana yang kita dapat saksikan dalam liputan media pro kerajaan kebelakangan ini,” ujarnya dalam ucapan beliau.

Senarai calon bagi kerusi Parlimen:

1. P061 Padang Rengas -Ejazi Yahaya
2. P062 Sungai Siput- Kesavan A/L Subramaniam
3. P071 Gopeng – Dr Lee Boon Chye
4. P075 Bagan Datuk – Pakhrurrazi Arshad
5. P077 Tanjong Malim – Chang Lih Kang

Senarai calon bagi  kerusi Dun:

1.N03 Kenering -Noor Sham Abu Samah
2.N07 Batu Kurau – Muhammad AIman AIzuddin Md Hussin
3.N09 Kuala Kurau- Abdul Yunus Jamahari
4.N10 Alor Pongsu- Ahmad Zaki Husin
5.N13 Kuala Sepetang – Chua Yee Ling
6.N19 Cchenderoh – Khairul Anuar Musa
7.N21 Hutan Melintang – Madhi Hassan
8.N24 Hulu Kinta – Muhammad Arafat Variasai Mahamad
9.N34 Bukit Chandan Mohamad Imran Abd Hamid
10.N43 Tuang Sekah- Mohd Azlan Helmi
11.N45 Simpang Pulai – Tan Kar Hing
12.N46 Teja- Ng Shy Ching
13 N49 Sungai Manik – Mohamad Maharani Md Tasi
14.N54 Hutan Melintang- G Manivannan A/L Gowindasamy

 

 

 

5.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 1.0