Manogaran berang tular poster dakwa ‘DAP Hindu’, ‘Bunuh Adib’

Manogaran berang tular poster dakwa ‘DAP Hindu’, ‘Bunuh Adib’
M.Manogaran menunjukkan poster dalam talian yang mengaitkan ‘DAP Hindu’ dengan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.-Foto Malaymail.

M Manogaran berang tersebarnya poster di media sosial yang mendakwa parti itu “Hindu” dan “membunuh” ahli bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya kecil (PRK) Cameron Highlands menggesa penyebarnya berhenti dan berharap pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan.

“Ia juga satu kesalahan bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana menggunakan agama untuk menghina atau memfitnah calon atau parti lain,” katanya kepada pemberita seprti dipetik Malaymail.

“Saya berharap Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan mengambil tindakan berhubung perkara ini,” tambahnya, yang juga timbalan pengerusi DAP Pahang.

Poster itu mengandungi perkataan “DAP Hindu” dan “bunuh Adib” yang turut memuatkan wajah Manogaran bersama ahli bomba itu yang maut selepas insiden rusuhan kuil November lalu.