Manogaran sudah ada perancangan jangka pendek dan panjang kepada pengundi Cameron Highlands

Manogaran  sudah ada  perancangan jangka pendek dan panjang kepada pengundi Cameron Highlands

Selepas dicalonkan semula  pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands,  calon Pakatan Harapan  M Manogaran meletakkan harapan besar untuk pengundi memberikan beliau peluang untuk menjadi wakil rakyat pada 26 Januari depan.

Calon PH dari DAP ini berkata, beliau sudah mempunyai pelan jangka pendek dan panjang  sekiranya menang PRK kali ini adalah untuk memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur kepada 32,019 pengundinya kelak.

“Kawasan Cameron Highlands tidak sama seperti kawasan pilihan raya yang lain, ia satu cabaran yang besar.

“Jika diberikan peluang saya ada perancangan jangka pendek dan panjang.

“Saya akan bekerja sama dengan penduduk tempatan, petani, pemilik tanah, pemandu teksi dan pihak pelancongan dan pertanian. Kita akan memastikan sektor pelancongan dan pertanian akan dapat dipertingkatkan di sini,” ujarnya ketika sidang media diadakan selepas pengumuman calon PRK Cameron Highlands selesai diumumkan SPR.

Harfi ini penamaan calon diadakan Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands.

Beliau berkata, untuk jangka masa pendek beliau akan menumpukan kepada infrastruktur jalan raya yang sering mengalami kesesakan yang sering menjadi masalah utama di Cameron Highlands.

Manakala bagi jangka panjang beliau merancang untuk kerajaan negeri dan kerajan persekutuan melihat semula Lesen Pendudukan Sementara(TOL) mungkin dapat dipinda untuk tidak menghadkan pemilikan lesen sementara ke atas tanah selama 30-40  tahun.

Loading...

Sehingga kini terdapat anah TOL kekal seluas 2,407.40 hektar atau cuma 3.38 peratus daripada seluruh keluasan Cameron Highlands.

Selain itu beliau berhasrat untuk mencadangkan agar kerajaan melihat semula Akta Pembangunan Bandar dan mahu mencadangkan kerajaan mengwujudkan Akta Keselamatan Empangan khusus bagi Empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet, Cameron Highlands.

Katanya walaupun akta itu tidak pernah digubal di negara ini tetapi sudah ada keperluan untuk kerajaan mewujudkan Akta Keselamatan Empangan dan kerajaan ujarnya, tidak boleh menyerahkan tanggungjawab kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) semata-mata.

Ini susulan pernah berlaku limpahan air empangan Sultan Abu Bakar pada 2013 lalu yang melimpah sehingga memusnahkan  kawasan di Lembah Bertam.

“Apa yang penting jika saya terpilih sebagai wakil rakyat saya mahu berkhidmat kepada semua kaum di Cameron Highlands  kerana mereka mempunyai masalah tersendiri.

“Saya perlukan kerjasama pengundi untuk menyokong cadangan yang akan dirancang kelak,” ujarnya.

Manogaran adalah bekas calon parti DAP yang tidak berjaya merampas kerusi itu dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Pada PRU14, calon BN Datuk C Sivarajjh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

Bagaimanapun kerusi itu diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu kerana calon BN itu didakwa terbabit dalam politik wang raih undi pada kempen pilihan raya.

Sivarraajh memperoleh 10,307 menewaskan Manogaran dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) (9,710 undi); Wan Mahadir Wan Mahmud dari Pas (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).

Pada PRK Cameron Highlands  Manogran akan bersaingan dengan calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor; serta dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.