Malaysia Dateline

Mansuh hukuman mati mandatori: ‘PH leads, BN PN follows’ kata Hanipa Maidin

Kerajaan yang membuat keputusan memansuhkan hukuman mati mandatori perlu menerima hakikat bahawa Pakatan Harapan (PH) yang memimpin manakala PN hanya mengikuti (PH leads, BN PN follows).

Ini kerana menurut Ahli Parlimen Sepang yang juga  bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Hanipa Maidin, jawatankuasa yang mengkaji isu ini hakikatnya ditubuhkan oleh dan semasa Kerajaan PH yang bermandat rakyat memerintah negara ini.

“Bagi saya, ini contoh terbaru dari banyak contoh kejayaan pemerintahan Kerajaan PH yang bermandat rakyat sebab jawatankuasa yang diamanahkan untuk mengkaji isu tersebut hakikatnya ditubuhkan oleh dan semasa Kerajaan PH yang bermandat rakyat memerintah negara ini.

“Isu ini menggambarkan Kerajaan yang tidak bermandat rakyat yang ada sekarang perlu menerima hakikat pahit ini bahawa dalam konteks politik negara ini adalah jelas ” PH leads and BN+PN follows!” ( “PH memimpin manakala BN+PN hanya mengikuti ),” kata beliau ringkas.

Semalam, kerajaan setuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.

Mansuh hukuman mati mandatori: 'PH leads, BN PN follows' kata Hanipa Maidin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan keputusan memansuhkan hukuman mati mandatori

Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.

Jawatankuasa tersebut diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum dan dianggotai pakar-pakar dalam bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah.

Baca juga: Tambah baik sistem keadilan jenayah, kerajaan setuju mansuh hukuman mati mandatori