Ramai tidak puas hati isu pemansuhan pencen hanya melibatkan penjawat awam dan mencadangkan hal sama kepada ahli politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cadangan pemansuhan pencen dalam kalangan ahli politik akan dibentangkan di Parlimen.
Menurut Kosmo, Anwar akan membentangkan mengenai cadangan itu selepas mendapat persetujuan Kabinet.
“Memang untuk orang politik berbeza tetapi saya fikir munasabah kalau kita kaji sekali, jika penjawat awam ditiadakan, orang politik juga. Namun ia tertakluk kepada keputusan Parlimen.
“Jika Kabinet bersetuju, saya akan bentangkan (Dewan Rakyat) dan kalau ada ahli Parlimen yang tolak, dia tolaklah.
“Saya akan bentangkan atas tanggungjawab moral,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Pada masa sama, Anwar menjelaskan bahawa penjawat awam perlu faham mengenai sistem saraan terlebih dahulu lapor BERNAMA.
Isu itu perlu dijelaskan sepenuhnya kepada orang awam termasuk perkara yang membabitkan implikasi ekonomi.
Ini sekali gus memastikan penjawat awam tidak merasakan mereka kerugian dengan sistem persaraan baharu.
“… tapi saya nak tanya, kalau kita teruskan bagaimana kesannya kepada ekonomi negara, kita tak mampu teruskan, negara kaya semua dah hentikan skim pencen ini, tidak mampu bertahan.
“Ada yang anggap bagaimana orang yang dapat pencen sekarang? Itu tidak boleh disentuh, ia akan diteruskan, bagaimana penjawat awam baharu?
“Elaunnya tetap sama, tidak terkesan, jadi biar JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) cerakin dan buat pengumuman berikutnya,” kata beliau.
Baca juga: “Hamzah sendiri ada isu sama”, – Ahli Parlimen Bersatu isytihar sokong Anwar sedia dihukum