Mansuh tol motosikal bukti kerajaan kotakan janji kepada golongan berpendapatan rendah

Mansuh tol motosikal bukti kerajaan kotakan janji kepada golongan berpendapatan rendah
Laluan tol motorsikal di Jabatan Pulau pinang.

Pemansuhan Tol Jambatan Pulau Pinang dan juga Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah membuktikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengotakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat negeri ini, kata Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Taufek Abd Rahman.

Beliau berkata, dengan pemansuhan tol kedua-dua jambatan tersebut ia telah memberi manfaat kepada lebih 20 ribu pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Taufek Abd Rahman

“Semasa pilihan raya umum yang lalu, BN turut membuat janji akan memansuhkan tol bagi pengguna motosikal bagi laluan tersebut.

“Namun begitu, kini dengan pemansuhan tol bagi kedua-dua jambatan ia telah memberi manfaat yang besar walaupun kos yang perlu dibayar bagi kedua-dua laluan adalah RM1.40 dan RM1.70.

“Yang pasti, begitu ramai penunggang motosikal berasa lega dengan pemansuhan tol tersebut, ” tegasnya lagi.

Beliau juga berkata, pemansuhan ini merupakan salah satu dari beberapa langkah penjimatan yang sedang dilaksanakan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Selain itu ujar beliau, kerajaan PH turut meneruskan sokongan dan bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Sara Hidup.

“Biar jenamanya berubah, tetapi matlamatnya sama kearah untuk membantu rakyat.

Loading...

“Begitu juga dengan pelbagai subsidi yang diteruskan oleh kerajaan termasuk kos petrol dan diesel, membuktikan kerajaan berusaha untuk merealisasikan apa yang telah janjikan sebelum ini.

“Langkah demi langkah yang diambil memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan disamping mengutamakan keperluan dan beban yang ditanggung oleh rakyat, ” tambahnya lagi.