Malaysia Dateline

Mantapkan kerjasama Pemuda PH, gandakan asakan demi orang muda

Memulakan kalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan agar amanah ini mampu digalas sebaiknya.

Juga penghargaan sebesarnya buat sahabat seperjuangan YB Howard Lee dan YB Akmal Nasir yang telah bersama-sama dalam perjuangan anak muda selama ini.

Tidak perlu diceritakan ketokohan kedua-dua pemimpin muda ini, kerana mereka adalah wajah masa depan negara yang kita cintai.

Realitinya orang muda hari ini susah dan payah. Menanggung timbunan hutang yang tidak terbayar, keluarga dan tanggungan hampir tidak diketahui nasibnya pada hari esok.

Lebih malang apabila memiliki timbalan menteri yang boleh bercuti 55 hari lamanya. Anak-anak sekolah yang masih belum divaksin telah ke sekolah bermula minggu lepas, menteri yang telah divaksin masih takut mati kalau diadakan sidang Parlimen.

Kesemua realiti ini menuntut gabungan kekuatan ketiga-tiga tunjang Pakatan Harapan. Jentera Pemuda AMANAH, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang tangkas dan responsif perlu disiapkan dalam memenuhi harapan orang-orang muda yang susah.

Mereka ini sudah teramat penat dengan manusia sial yang potong giliran vaksin sebagaimana tertular; nah kini masa dan ketikanya kita menggandakan asakan demi kepentingan golongan muda.

Semakin hari, kerajaan yang menyusahkan ini akan terus menjengkelkan nurani rakyat. Harga barangan dapur seperti minyak masak telah naik sekali ganda.

Peluang pekerjaan menguncup terus. Gaji menteri dan timbalan menteri yang hampir tidak berfungsi ketika darurat pula berjalan seperti biasa.

Jelas bahawa perubahan itu bukan lagi pilihan, melainkan kewajipan yang harus diusahakan terus-menerus.

Lantas kita menyeru agar jentera pilihanraya di setiap peringkat wajib dimantapkan. Kerjasama dalam melaksanakan aktiviti sesama pakatan harus digembleng seutuhnya.

Ruang komunikasi dan media sosial perlu dimanfaatkan untuk membela mereka yang tertindas. Gerak kerja ini penting kerana kita bukan lagi di zaman waras.

Di hadapan kita adalah orang-orang gila yang khianat dalam menguruskan amanah rakyat. Mereka merupakan musuh nombor wahid – rakyat dan kita.

 

*SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baharu dilantik.