Mapim gesa Malaysia selamatkan krisis di Yemen

Mapim gesa Malaysia selamatkan krisis di Yemen

Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kesemua rakyat Malaysia untuk bertindak menyelamatkan krisis perang di Yemen.

Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata, krisis ini sudah bermula sejak 2015 sehingga kini.

Jelasnya angka mangsa korban bertambah setiap hari sehingga kini direkodkan sebanyak 10,000 orang terbunuh dan 40,000 yang cedera.

“Saya berpendapat, Malaysia selaku negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus bertindak ke atas kekejam ini.

“Saya fikir Malaysia perlua menggunakan pengaruhnya bagi menghentikan krisis ini yang telah menimbulkan ketegangan di Asia Barat,” katanya dalam sidang di pejabat Mapim di Shah Alam hari ini.

Menurutnya, Malaysia harus berpendirian tegas terhadap beberapa Negara Arab yang mencetuskan peperangan sesama sendiri dan diperalatkan Negara imperialis seperti Amerika Syarikat.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS