Malaysia Dateline

MAPIM prihatin hantar misi bantuan banjir ke Pantai Timur

Prihatin terhadap bencana banjir yang melanda Pantai Timur, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengambil tindakan segera dengan menggerakkan misi bantuan bagi membantu mangsa banjir terlibat.

Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam (Dr) Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, MAPIM menghantar kumpulan sukarelawan pacuan 4 roda dan MAPIM Rangers sekitar 300 orang dari negeri yang terlibat banjir iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Tegas beliau lagi, bantuan yang disalurkan oleh kumpulan kedua termasuk 15 bot bantuan kecemasan serta juga kerja-kerja bantuan mangsa banjir disamping meringankan beban barisan hadapan (frontliners) yang memerlukan bot tambahan.

“Satu unit kenderaan Amfibia turut digerakkan bagi membantu menarik bot-bot serta kerja-kerja menyelamat mangsa terkandas dalam banjir termasuk juga empat buah kontena dengan air bersih, air minuman dan set pembersihan
(hygiene).

“Selain itu bantuan berupakan pek makanan asas, makanan panas dan keperluan solat juga turut disediakan bagi mangsa-mangsa banjir terbabit.

” MAPIM yang telah mempunyai pengalaman luas dalam mengurus serta membantu mangsa bencana alam turut menyediakan tabung kemanusiaan bagi mangsa banjir terlibat serta Hotline MAPIM Malaysia bagi membantu keluarga terdesak melalui whatsapp bernombor 0128002016 atau talian Hotline melalui nombor 1300888038, ” ujar beliau yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia.