Mapim seru PM ambil inisiatif bantu Gaza

Mapim seru PM ambil inisiatif bantu Gaza

Mapim menyeru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengambil inisiatif segera membantu rakyat Palestin di Gaza yang kini berhadapan dengan serangan pihak berkuasa Israel.

Situasi di Gaza-Istael kini menjadi sangat serius. Sehingga ke hari ini 80 orang rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 10,000 yang cedera.

Demikian kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan medianya semalam.

“Sempena sambutan ke-70 Al-Nakba, masyarakat dunia tidak memberikan perhatian yang serius terhadap situasi ini.

“Daripada 128 negara yang menolak pengumuman Trump mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagi ibu negara Israel, tidak ada negara yang mengambil langkah konkrti untuk menghentikan Trum dan Ariel Sharon daripada meneruskan keputusan tersebut.

“Pemimpin dunia tidak harus berdiam diri terhadap keganasan yang dicetuskan oleh dua negara ini, Israel dan AS,” kata beliau.

Kata beliau, pihaknya menyeru Dr Mahathir yang terkenal sebagai pemimpin dunia yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin supaya mengambil inisiatif secara kolektif dalam kalangan negara Islam dan pemimpin lain untuk menghentikan pembunuhan ke atas rakyat Palestin yang memprotes tindakan AS dan Israel itu.

“Kami percaya Dr Mahathir boleh memainkan peranan yang besar menggerakkan kerajaan dunia ketiga untuk memberikan tindak balas terhadap situasi di Gaza dan Baitulmaqdis ini.

“Kami mencadangkan Dr Mahathir mewujudkan Pakatan Ahli Parlimen Antarabangsa untuk Palestin.

“Ia bertujuan untuk menyatukan sokongan ahli-ahli parlimen terhadap perjuangan rakyat Palestin,” kata beliau.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES