Malaysia Dateline

Mari kita kerjasama, kata Steven Sim kepada Ahmad Maslan

Tujuh tahun lalu, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah semacam musuh peribadi kepada Steven Sim, namun selepas menjadi rakan seperjuangan, kedua-dua bakal bekerjasama erat.

Inilah yang diazamkan oleh Steven Sim selepas beliau dan Ahmad Maslan sama-sama dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Annuar Ibrahim.

“Sekarang dah 2022 nak masuk 2023, kita jalan teruih #DemiPertiwi.

“Sama-sama dayung bahtera, dayung arah kota pertama.

“Sama-sama bangun negara, junjung titah lupa sengketa.

Let’s work together DS Ahmad Maslan,” kata Steven, ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Setiausaha Organisasi DAP itu.

Tujuh tahun lalu, Steven Sim adalah pihak yang paling tidak senang dengan Barisan Nasional (BN) kerana ada orang seperti Ahmad Maslan di dalamnya.

“Saya hanya ada satu kerja sekarang: Menjatuhkan kerajaan yang di dalamnya ada orang seperti Ahmad Maslan,” kata Steven ketika berkicau menerusi Twitternya 28 Disember 2015 lalu.

Selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan bersama Ahmad Maslan, Setiausaha Agung Umno itu, kenyataan Steven tujuh tahun lalu itu diviralkan kembali.

Kenyataan Steven mahu bekerjasama dan mengajak Ahmad Maslan melupakan sengketa lama telah mendapat perhatian luar biasa dari orang ramai.

Kicauan beliau itu telah diulang siaran oleh lebih 1,500 pemain Twitter yang lain dan mendapat lebih 4,300 likes.

Penyokong beliau menyambut baik kicauan itu namun bagi pembenci beliau, ia digunakan untuk membuat sindiran.

“Buang yang keruh, amnil yang jenih dik,” kata Hooi Lay See.

Najwa pula menulis, “Teringin nak tengok korang meeting sambil berbalas pantun.”

Badrul Hisham Sohor berkicau panjang tentang isu ini.

“Jika dua dua hormati antara satu sama lain demi kepentingan negara Malaysia harus kerja berganding bahu jd pasukan yg disegani tegas pendirian bersama dlm semakkan peruntukan di setiap kementrian serta fokus kpd tadbir urus kewangan jd teras utama kpd kejayaan yg hakiki,” tulis beliau.

BACA JUGA Ilahi, bagilah kudrat untuk kami laksanakan kebaikan