Markas Pas Kampong Gelam turut musnah dilanda ribut

Markas Pas Kampong Gelam turut musnah dilanda ribut

Ribut kuat yang melanda Yan di Kedah petang semalam turut memusnah  salah sabuah Markas Pas di Kampung Gelam.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di sebuah laman pengguna facebook turut menyindir kejadian ribut yang berlaku sekiranya ia berlaku di kawasan Pakatan Harapan.

“Innalilllahiwainnalillahirajiun…Ni bala atau ujian. Kalau kena ke PH mesti lebai Pas cakap bala kan,” ujar status tersebut.

Sebanyak lima keping gambar dimuat naik kejadian ribut berlaku di kampung tersebut.

Di laporkan dalam kejadian petang semalam sebanyak 31 buah rumah di beberapa buah kampung di Yan, Kedah rosak teruk akibat dilanda ribut petang semalam.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Bukit Besar, Kampung Haji Hashim Gelam, Kampung Alor Pinggu dan Kampung Haji Lateh.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang menyebabkan beberapa buah rumah, pada sebahagian strukturnya ranap dengan keseluruhan bumbung diterbangkan angin.

Katanya, antara kampung yang terlibat adalah Kampung Bukit Besar, Kampung Haji Hashim Gelam, Kampung Batu 11, Kampung Alor Pinggu, Kampung Haji Lateh dan kawasan Sungai Limau Dalam.

“Kita menerima maklumat kira- kira pukul 7.30 malam dan seramai 15 anggota bergegas ke lokasi untuk membantu mangsa serta mengalihkan pokok yang tumbang,” katanya menerusi kenyataan di Alor Setar semalam.

Kepingan zink yang terbang ketika ribu berlaku petang semalam di Kampung Gelam.

Jumlah mangsa yang terlibat ialah seramai 186 orang, namun tiada laporan kecederaan setakat ini.

Sementara itu, seorang mangsa, Bashiroh Hashim, 48, berkata, kejadian ribut mengakibatkan banyak rumah di kampungnya di Kampung Alor Pinggu rosak teruk apabila bumbung diterbangkan angin ke kawasan sawah berhampiran.

Ketika kejadian, Bashiroh sedang makan petang bersama suaminya sebelum dikejutkan dengan angin kuat yang merosakkan sebahagian bumbung.

“Ribut seperti pusaran angin itu turut meranapkan bangsal kambing di belakang rumah,” katanya ketika dihubungi.

Turut terjejas teruk rumah ibu mertuanya yang terletak bersebelahan rumahnya apabila keseluruhan bumbung diterbangkan ke kawasan sawah berdekatan.

Katanya, kejadian ini pertama kali berlaku sejak dia menetap di kampung itu kira-kira lima tahun lalu.

 

CATEGORIES
TAGS