Marketing murahan, netizen ‘unfollow’ Aliff Syukri lepas ambil Mira jadi model tudung

Oleh KIM SYAZIE

Suka cari masalah, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kini tampil dengan video bersama host TikTok, Amira Aqilah yang tular kerana kes bercinta dengan suami bos sendiri.

Walaupun menerima kecaman, Aliff dilihat sudah lali dan hanya buat hal sendiri walaupun dapat tentangan hebat daripada netizen.

Menurut hantaran di Instagram Aliff Syukri, Mira telah dipilih untuk menjadi model bagi mengayakan jenama tudung terbaharu keluarannya iaitu AS Hijab.

“Awak jangan bagitahu wife saya. Saya dah block dia daripada anda tag. Kami saja nak meeting di tepi tangga untuk projek AS Hijab sebab banyak koleksi baru.

“Nanti Mira akan gayakan,” ujarnya pada kapsyen videonya menari bersama Mira.

Netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Aliff Syukri yang memberi peluang kepada Mira walaupun dengan kontroversi melanda wanita itu.

“Tak nak. Sebab Datuk sokong juga orang yang terang-terang tak bermoral demi marketing. Bonda juga yang classy, jauhi kontroversi yang menjatuhkan imej dan maruah.

“Marketing memang marketing tapi kita kena tanya diri kita, betul ke apa yang kita buat dan impak terhadap orang sekeliling dan masyarakat,” ujar pengguna Instagram.

“Maaf Datuk, saya terpaksa unfollow. Kenapa perlu berkerjasama dengan penyondol macam ni,” tambah pengguna lain.

Baca juga: Penyanyi habiskan RM59,000 untuk langgan pelacur, isteri terpaksa buka purdah untuk sara dan dapat penjagaan anak