Marzuki Setiausaha Agung baharu Bersatu

Datuk Marzuki Yahya

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini telah melantik Datuk Marzuki Yahya sebagai Setiausaha Agung yang baharu bagi parti itu.

Beliau mengantikan Setiausaha Agung Penaja Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang kini  Timbalan Menteri Wilayah.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, pelantikan Marzuki yang juga Senator Dewan Negara dan Pengerusi Bersatu Pulau Pinang itu akan berkuat kuasa serta merta.

“Beliau akan menggantikan Datuk Shahruddin Md Salleh yang sejak awal bersama tetapi telah beri laluan dan berkuat kuasa serta merta,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersatu, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat hasil daripada rombakan urus setia parti di peringkat pusat baru-baru ini.

COMMENTS

Wordpress (0)