Wanita mana yang tak tersakit apabila si suami kerap naik tangan dan beri alasan panas baran jadi punca memukul.
Bukannya mahu perbaiki diri atas kelemahan tersebut tapi sibuk menyalahkan si isteri konon tidak memahami.
Seorang wanita, Caramel (bukan nama sebenar) tidak menyangka dia masih mampu bertahan dengan sikap suami yang gemar memukul.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
Saya Caramel. Sudah berkahwin tujuh tahun dan dikurniakan dua orang anak, sepasang. Suri rumah dengan bisnes online alhamdulillah stabil dari segi kewangan.
Perkahwinan tujuh tahun ni rasanya 20 peratus je rasa betul-betul gembira selebihnya makan hati.
Awal tahun perkahwinan kalau orang lain gembira tapi saya seawal mengandung anak pertama yang bunting pelamin dah kena lempang di muka.
Suami panas baran. Pernah kena tumbuk tepi mulut ada luka sikit dan berdarah. Tapi masa tu penakut sangat dan terlalu takutkan perpisahan.
Tapi masa mula-mula kena dulu dia ada lah minta maaf tapi lepastu tiada maaf dah.
Kes angkat tangan ni dah lama juga tak ada sebab masa terakhir kali dia buat, saya bagitahu kalau dia buat lagi saya akan buat laporan polis.
Kantoi mesej perempuan lain
Suami dari dulu memang selalu kantoi main wechat, omi, dan Facebook dating. Saya tak tahu apa tujuan dia buat macam tu.
Kalau setakat chatting tu mungkin dimaafkan tapi kalau sampai jumpa dan lebih-lebih rasanya saya nak move on.
Saya pernah tanya, dia cakap ‘suka-suka’. Tapi isteri mana boleh terima?
Pernah kantoi dengan sepupu masa raya jumpa suami di dating apps, malu hanya Allah yang tahu, apa lah yang sepupu saya fikirkan.
Komunikasi kami dalam rumah tangga memang out. Nak tanya apa-apa saya tanya di WhatsApp walaupun kami satu rumah.
Sebab bila tanya depan-depan respon sangat menyakitkan hati. Tanya sikit dia jawab dengan tinggi suara, so saya tak nak sakitkan hati sendiri.
Tahun keempat perkahwinan dia ada bagitahu nak berpisah, tapi masa tu saya pujuk sebab belum sedia.
Jadi lepas tu kami berbaik sebab dia pun kata macam tak boleh lepaskan, tapi tak lama lepas tu kami hambar balik.
Tak dinafikan saya pun ada kurang, sibuk dengan bisnes, sebab itu je buat saya gembira. Dia balik kerja bukan layan saya, kami bercakap pun tidak.
Boleh kata setiap masa dengan telefon. Tak pernah tanya saya ok ke, dah makan ke belum tak pernah.
Nafkah tak payah cerita, saya dah tak ingat bila kali terakhir dia belikan kami baju raya. Setiap tahun saya yang belikan baju raya sekali untuk dia dan anak-anak.
Sejujurnya tentang duit saya tak ada masalah langsung nak tolong cuma nak dia setia dan layan saya baik, itu sahaja.
Sekarang boleh dikatakan kewangan saya dah stabil, simpanan ada, kereta pun dah beli. Bukan kata bila dah stabil nak tinggalkan dia, tapi dia pun tak berubah, tak layan saya dan kami tak bercakap langsung dah lama.
Semalam tergerak hati minta Allah bagi petunjuk kalau betul suami ada buat bukan-bukan belakang saya memang saya nak teruskan hidup dan berpisah.
Saya install omi semata-mata nak cari dia dan jumpa! Tengah online lagi maknanya dia aktif!
Cuma sekarang ni saya tak tahu sampai mana hubungan dia dengan perempuan-perempuan dalam omi tu.
Saya tak tahu nak teruskan hubungan yang hambar ni sampai akhir usia atau nak mulakan hidup baru dengan anak-anak.
Baca juga: Tular dakwaan Ruhainies sebenarnya isteri orang? Ini bukti disebar ‘jabatan netizen’