“Masa bercinta elok je suami buat kerja rumah, lepas kahwin nak suruh tolong pun kena ingatkan 10 kali…”

Oleh MALAYSIADATELINE

Selalunya perangai pelik pasangan ni hanya diketahui selepas berkahwin, masa bercinta semuanya elok belaka.

Seorang wanita terkejut melihat kelakuan suami yang sebelum ini dilihat rajin berubah sepenuhnya selepas berkahwin.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Aku dan suami dah kenal sejak zaman kami belajar di universiti, masa tu nampak sangat dia rajin, teliti dan cerewet, bab kerja memang bersungguh dia buat.

Dulu dia selalu mengadu dia kena buat semua kerja dekat rumah sewa sebab yang lain semua pemalas.

Rupanya lepas kahwin jadi lain ya, semua benda aku kena paksa dan ingatkan untuk buang sampah, bab basuh pinggan tu dia hanya basuh yang dia sahaja.

Masa awal balik rumah metua, mak mentua tak bagi aku tolong sebab dia dah terbiasa, aku ingatkan dia segan dengan menantu rupanya memang keluarga suami macam tu.

Bapa mentua, adik beradik suami memang tak buat kerja langsung, semua harap mak mentua aku buat je.

So. Lepas dah balik rumah, aku cuba tanya suami, kat rumah tu memang mak mentua yang buat semua benda ke?

Dia kata ya. Memang dari kecil semua mak mentua buat. Jadi aku tanya, masa dia duduk rumah sewa dulu kenapa dia boleh buat semua kerja rumah tu?

Dia jawab sebab masa tu tak ada mak. Bila ada mak ,mak buat semua. So aku cuba bergurau, patutlah kat rumah ni pun awak tak buat kerja-kerja rumah eh.

Aku cakaplah aku bukan mak dia, aku pun keluar cari rezeki juga jadi aku cakap yang kami dua kena sama-sama buat kerja rumah, dia jawab InsyaAllah je.

Kepada mak-mak yang ada anak lelaki rolonglah, ni bukan zaman 70-an, didiklah anak-anak jadi ringan tulang.

Baca juga: Peguam kongsi 7 ‘red flag’ calon isteri, lelaki nak jadi suami boleh nilai sebelum kahwin