Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Masa depan cerah untuk perenang negara
Chris Martin

Masa depan cerah untuk perenang negara

BernamaJanuary 21, 2020 7:23 am




Skuad renang negara mempunyai potensi untuk menjadi satu pasukan yang menyerlah di masa hadapan berdasarkan aksi yang memberangsangkan pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Disember lepas.

Ketua Jurulatih Skuad Renang negara, Chris Martin berkata beliau tertarik dengan perenang remaja yang mempamerkan keberanian bersaing dengan beberapa nama terkenal walaupun gagal mendapat penyudah podium dalam sukan dwitahunan itu.

“Saya sangat gembira dengan prestasi perenang negara. Kami ada dua veteran (Welson Sim dan Phee Jinq En) dan sekumpulan perenang muda bertanding dalam Sukan SEA. Seorang daripada veteran, prestasinya kurang daripada sasaran sementara seorang lagi melakukan lebih daripada apa yang kami jangkakan.

Perenang muda semakin meningkat dan menunjukkan mereka bakal menjadi pesaing yang disegani di masa hadapan,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri mesyuarat post-mortem Sukan SEA 2019 bersama wakil Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia, pada Isnin.

Dalam hal ini, Martin yang berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat dan berpengalaman menjadi jurulatih selama 30 tahun termasuk di tanah airnya berkata berdasarkan keputusan perenang negara dalam Sukan SEA 2019, Malaysia ketinggalan jauh di belakang Singapura dan Vietnam.

“Tahap perenang kita sama sahaja dengan lain-lain lawan serantau, dan kami perlu keluar daripada kelompok itu,” katanya.

Malaysia hanya memperoleh dua pingat emas, dua perak dan tiga gangsa untuk mengakhiri di tempat ketiga keseluruhan acara renang Sukan SEA 2019, yang berlangsung di Pusat Akuatik New Clark City.

Ia hanya kurang satu emas daripada sasaran awal tiga emas yang ditetapkan Martin sebelum penyertaan mereka di dalam sukan dwitahunan itu.

Pasukan terhandal serantau, Singapura mengekalkan juara keseluruhan dalam acara renang sejak edisi 2005 di Filipina dengan mengumpul 23 emas, 10 perak dan empat gangsa sementara Vietnam di tempat kedua dengan 10 emas, enam perak dan sembilan gangsa.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production