“Masa dia gaji RM800, akulah yang setia, ubah penampilan dia, sekarang bila gaji RM15k terus cari skandal”

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak berang dengan lelaki yang bila ada duit lebih sedikit bukan nak bahagiakan keluarga, sedekah tapi cari perempuan lain.

Konon sekarang baru ada pilihan, masa tak berduit dan hodoh, hanya pasangan halal yang mahu pandang.

Seorang wanita merasa kecewa dengan sikap suami yang memilih curang dengan wanita lain hanya kerana sudah bergaji RM15k.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Maaf aku sangat negatif sekarang ni. Sangat sakit tapi terpaksa tenang di depan suami dan anak. T

ambah lagi tengah panas dengan isu poIigami. Terasa ditampar sebab diri sendiri turut menjadi ‘mangsa’.

Macam mana poIigami zaman ni terjadi? Boleh bagitahu tak poIigami tanpa curang kecil atau curang besar ni wujud ke zaman ni?

Sebelum buat keputusan nak kahwin kali kedua, mesti wajib curang kecil dulu kan. Satu, curang di hati. Hati berkenan ke perempuan lain.

Curang kecil yang pertama sebab dah ada isteri tapi masih boleh hati jatuh ke wanita lain. Dalam fikiran pun mesti asyik fikir perempuan tu kan?

Kira macam jatuh cinta sebelum kahwin dengan isteri pertama la. Orang jatuh cinta ni, faham-faham la macam mana.

Kedua, berhubung, mesej di belakang isteri pertama. Selepas jatuh hati atau sebelum jatuh hati, macam mana boleh berkenalan?

Selain jumpa depan-depan, mesti ada text juga kan? Tak kan la hari-hari jumpa depan-depan dengan calon kedua tu, mesti ada bermesej.

Macam waktu pertama kali mesej dengan isteri pertama sebelum kahwin la. Ketiga, buat keputusan untuk kahwin kali kedua ni, sebelum atau selepas bagitahu isteri pertama?

Dah buat keputusan dengan calon kedua, baru bagitahu isteri pertama?

Kalau buat keputusan dulu, ni pun curang kecil la kan? Banyak betul soalan aku. Adakah sesi jatuh cinta suami dengan calon isteri kedua tu dikira curang atau tak?

Ada dosa tak nak situ? Curang kecil. Aku dah susah senang bersama suami.

Daripada dia gaji RM800 sebulan sampai gaji RM15k sebulan. Aku setia. Aku baru 28 tahun, anak satu dengan dia tapi suami dah ada calon isteri kedua umur 25 tahun.

Aku tak tahu calon isteri kedua tu penyondol atau dia disondol oleh lelaki aku.

Mahu habiskan duit suami, biar isteri kedua merana

Apa salah aku? Bagitahu aku kalau aku salah. Aku akan cuba betulkan. Setiap kali aku tanya, suami kata aku baik dan perfect dah. Habis tu?

Hari-hari dia akan update gambar dan video sayang aku. Hari-hari dia update pasal hargai aku, cinta aku, tak akan Iukakan aku di sosiaI media.

Aku tak nak gaduh bila suami aku bagitahu nak kahwin lagi. Aku tenang. Hati aku dah hancur bila aku fikir sesi perkenalan mereka.

Berapa lama dia curang kecil belakang aku sebelum bagitahu aku. Aku tahu keputusan nak nikah bukan kejap, mesti lama dia curang belakang aku.

Ya.. Aku bagi izin. Tapi jangan harap aku restu. Aku plan nak hancurkan dia, sebab aku yang ‘siapkan’ dia bagi dia nampak sempurna di mata calon kedua tu.

Dia dulu tu dengan gaji RM800 macam pengemis pun ada. Maaf aku bukan remehkan orang gaji RM800 ye.

Komen ni spesifik untuk suami aku yang pernah bergaji RM800. Aku je kot bodoh. Suami aku ingat dia yang dulu tu macam pengemis, calon kedua tu pandang ke? Bodoh betul aku ni.

Tunggu baIas dendam daripada aku. Tunggu mereka berdua kahwin, aku mulakan plan aku. Aku akan hisap sampai kering harta-harta kau sampai kau tak ada apa-apa, tengok isteri kedua tu setia ke tak? Diam bukan tanda bodoh.

Penat betul jadi baik di mata suami ni. Alih-alih kena pijak rupanya.

Baca juga: “Suami aku kantoi tidur 8 kali dengan pengasuh anak, mentua ‘backup’ dia, siap salahkan aku”