“Masa kecil tak peduli pun” – Rita Rudaini berang ada yang kesiankan bekas suami sebut nama anak dalam ‘live’

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak semua ada kekuatan untuk menjaga anak seorang diri selepas bercerai dengan pasangan apatah lagi anak-anak dibiar dan diabaikan.

Bagi pelakon Rita Rudaini, dia menyifatkan bekas suami yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan sebagai meraih simpati dengan menyebut dua nama anaknya.

Hal tersebut semakin parah apabila ada sesetengah netizen menyatakan simpati mereka kepada bekas suaminya yang kelihatan sedih dalam siaran langsung di media sosial.

Susulan itu, Rita kemudian meninggalkan komen buat netizen tersebut apabila bekas suami tidak pernah sekali bertanya khabar anaknya ketika mereka masih kecil.

“Tak perlu nak buat tahu sangat, dah kena kencing! Setakat sebut nama anak, aku pun boleh. Nak berlakon apa depan orang?

“Aku yang yang bela (jaga) dua orang tu dari kecil lagi, sakit demam, suka duka, sekolah, raya, makan minum semua aku tanggung seorang diri.

“Kalau rasa ‘anak’, kenapa tak ambil tahu dari kecil, mereka sakit pun satu Malaysia tahu, kenapa tak tanya khabar.

“Tak ada action langsung, berlakon dalam live (siaran langsung). Dah mula nak tagih simpati,” ujarnya di ruangan komen Instagram.

Tambahnya lagi suaminya hanya mengaku anak mereka apabila kedua-duanya sudah besar dan berjaya.

“Tiada siapa layak nak ambil nama anak aku bila mereka dan besar, berjaya dan pandai. Aku yang besarkan biar cerdik. Elok dah pandai, sedap pula nak mengaku bagai.

“Aku yang lahirkan anak-anak aku, susah payah besarkan mereka. Masa tu kenapa tak datang? Kenapa tak cari.

“Kau senang nak simpati dekat dia (bekas suami), masa dia tinggal anak kecil umur setahun dengan lapan bulan tu tak ada pula kau simpati. Aku 14 tahun jaga mereka seorang diri, jangan tambah sakit hati,” ujarnya.

Baca juga: Hafiz Mahamad akhirnya mohon maaf, niat bukan kerana konten tapi tak nak ‘staff’ ralat tak dapat cium Hajar Aswad