Masa nak berhutang, segala kata manis dan janji dikeluarkan namun bila waktu nak bayar tiba beribu alasan diberikan.
Bab hutang ini jangan dibuat main, dalam Islam sendiri meminta umatnya menyegerakan pembayaran hutang.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ
Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).” (Surah al-Baqarah: 282)
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
نفس المؤمن مُعَلّقة بدَيْنِه حتى يُقْضى عنه
Yang bermaksud: “Jiwa seseorang yang beriman tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Seorang pengguna X meluahkan rasa kecewa dengan ahli keluarga terdekat yang meminjam duit hingga cecah RM6,000 tapi memilih untuk tidak bayar.
Alasan diberikan juga tidak logik dek akal kerana hutang adalah sesama manusia manakala ibadahnya antara dia dan Penciptanya.
“Ada saudara keluarga aku yang berhutang dengan aku sebanyak RM6,000. Masa nak meminjam bukan main lagi janji nak bayar bali.
“Sekarang sudah lebih tiga tahun tapi masih tetap tak bayar. Isteri dia cakap tak wajib bayar hutang aku sebab aku tak solat.
“Alasan apa tu? Kau suami isteri solat tapi tak bayar hutang tu memang yakin masuk syurga ke macam mana,” ujar luahan tersebut.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan alasan diberikan serta menasihat individu tersebut untuk tidak memberi pinjam.
“Lain kali jangan bagi pinjam banyak kalau tak sanggup hilang duit banyak tu. Inilah sebabnya bank bagi interest atas pinjaman. Selain buat untung, bagi peminjam disiplin bayar.
“Satu page penuh dalam al-Quran, ayat paling panjang sebut pasal hutang. Kalau macam tu pinjaman dekat bank conventional tak payah bayar la sebab mereka kafir.
“Amboi masa meminjam tak tanya pula solat ke tidak asalkan dapat duit. Bila nak kena bayar terus pertikai. Lain macam,” antara komen netizen.
Baca juga: Pelanggan terkejut peniaga caj hampir RM10 untuk nasi putih dan telur mata