Malaysia Dateline

Masa sakit bertudung rayu doa ramai, dah sihat siap kata ‘baik buruk saya tanggung’-Elyana dihambur netizen

Keputusan penyanyi Kalis Rindu, Elyana, 35 untuk tidak bertudung selepas bebas daripada kanser dihambur netizen kerana ketika penyanyi itu bergelut dengan kanser beliau tampil bertudung dan merayu-rayu doa daripada peminat agar diberi kesembuhan.

Namun, hari ini peminat dan juga netizen seolah-olah dipermainkan apabila tiba-tiba beliau mengambil keputusan untuk tidak bertudung dan menegaskan “baik buruk saya tanggung”.

“Ia demi jiwa saya kerana dulu saya lupa fikir tentang diri sendiri dan hanya fikir tentang hati orang. Baik buruk saya yang tanggung,” kata Elyana.

Salah seorang netizen Eriqa Sweet kecewa dengan keputusan penyanyi berkenaan yang menyifatkan tidak peduli pendapat ramai termasuk peminat.

Masa sakit bertudung rayu doa ramai, dah sihat siap kata 'baik buruk saya tanggung'-Elyana dihambur netizen

“Masa sakit kau mintak doa orang ramai, tp bila dah sembuh, kau dah x perukan org ramai…pendapat orang ramai pun kau tak nak ambik pedulik…,”kata beliau.

Tidak bersetuju dengan keputusan penyanyi itu, Eriqa sweet meminta netizen tidak lagi mendoakan dia jika sakitnya berulang.

“Eh netizen lain kali dia sakit lagi..tak perlu laa nak doakan dia sembuh lagi..dia tak perlukan doa ualls dan pendapat uolls pon…

“Biokan je laa hidup dia…katanya baik buruk dia tanggung sdr…huh…,” katanya lagi.

June turut memberi komen “tak kan nak kena ujian sakit lagi baru nak berhijab balik…sakit penghapus dosa..dah sihat nak kumpul dosa balik,” soalnya dengan emoji sedih.

Terdahulu Elyana muncul tanpa hijab dalam program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 baru-baru ini.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, dia lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut berhubung soal hijab.

“Ini adalah proses kehidupan. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya impikan kehidupan lebih baik, setiap hari,” katanya Elyana.

Tambah Elyana, dia juga memilih tidak menghiraukan pandangan dan pendapat orang ramai.

“Dahulu, saya sangat mementingkan jiwa dan hati orang. Sekarang, saya akan melakukan apa yang saya rasa terfikir nak buat. Baik buruk biarlah saya sendiri yang menanggungnya,” ujar beliau.

Baca juga: Pembesar suara luar untuk ceramah, kuliah di masjid surau dilarang, hanya azan dibenarkan

Baca juga: Misteri kain putih bergelimpangan di pantai Terengganu, netizen kata ada kaitan dengan ilmu sihir, betul ke?