Malaysia Dateline

Masalah air: Peniaga Pasar Siti Khadijah, Tok Guru merungut susah jumpa pimpinan kerajaan negeri

Para peniaga Pasar Siti Khadijah dan Pasar Tok Guru merungut kerana susah untuk berjumpa pimpinan kerajaan Pas Kelantan untuk mengadu hal dan isu yang dihadapi mereka iaitu masalah air.

Mereka meluahkan rasa kecewa apabila tidak ada sesiapa mahu melayan peniaga ketika berdepan dengan masalah air yang tidak pernah selesai,

‘Pernah jumpa satu Tok Wakil. Dia kata, kalau nak itu nak ini, buat kedai sendiri!’kata Pengerusi Save Kelatan Datuk Husam Musa yang mengadakan sesi pertemuan dengan peniaga di dua tempat berkenaan.

Menurut Husam sebaik sahaja beliau tiba di kawasan peniaga terbabit dan belum sempat berlabuh di kerusi untuk minum pagi, peniaga-peniaga yang mengenali beliaku terus bersuara ‘Air’.

Bagi Husam, keadaan ini sangat memalukan kepada pelancong-pelancong yang datang di kedua-dua pasar ini yang ada tanda tetapi tiada air.

Masalah air: Peniaga Pasar Siti Khadijah, Tok Guru merungut susah jumpa pimpinan kerajaan negeri
Husam bersama peniaga pasar yang merungut tentang masalah air yang dihadapi mereka

“Tandas tak ada air.

‘Penat. Penat!’

“Nak sembahyang, kena berwudhu’ di rumah sewa peniaga lain berhampiran atau kalau Asar, tunggu sampai balik rumah,” kata peniaga kepada Husam.

Katanya, kebersihan pun nampak begitu teruk tidak seperti pasar ikut negara maju.

“Saya tak kata ikut piawai Islam. Ikut negara maju pun kita dah sangat rasa malu,” kata Husam bersama Datuk Wan Rahim dan Dr Wan Kamil.

Beliau dapat merasau ‘mood’ peniaga kembali kepada suhu 1990 di mana BN tersungkur teruk.

“Ikut kata sosiologis, pasar membawa banyak indikator. Ekonomi, politik, mutu dan cara hidup setempat,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Husam berjanji akan mengatur perjumpaan para peniaga dengan Exco Kerajaan Tempatan Negeri Kelantan.

“Mudah-mudahan hasrat mereka untuk berjumpa bagi menyampaikan memorandum dan cadangan akan disambut baik,” ujar beliau.

Baca juga: Exco Kedah disiasat SPRM, kerajaan negeri jangan membisu