Masalah nelayan berpunca daripada sikap kerajaan

Masalah nelayan berpunca daripada sikap kerajaan

ULASAN : Seperti di janjikan pada sidang akhbar saya minggu lepas, jika tiada jawapan dari kerajaan kepada soalan saya tentang pendakwaan siasatan serta pengubahan Akta Perikanan 1985, saya akan mendedahkan situasi sebenar yang wujud seperti di laporkan oleh nelayan.

Isu rondaan pihak Penguatkuasa kerajaan. Jarak rondaan pihak Polis Marin adalah 5km dari pantai sementara penguatkuasa Maritim pula adalah dari 5km ke atas.

Isu jawapan lapuk pihak penguatkuasa yang peruntukan minyak untuk rondaan yang lebih jauh dan kerap tidak mencukupi tidak boleh diterima.

Peruntukan yang tidak mengcukupi oleh orang atasan seolah-olah untuk menghalang rondaan kawasan zon “B” ( melebihi dari 5 km dari pantai) dimana kegiatan secara haram oleh bot nelayan Vietnam berleluasa. Jika pihak berkuasa keluar jauh mereka tidak akan mencukupi minyak untuk pulang.

Persoalan nelayan lagi, kenapa laporan mengenai pencerobohan di kawasan berdekatan dalam zon “B” (di bawah 5 km) berdekatan Pulau Kapas dan Pulau Tenggol pun tidak di ambil tindakan?

Berdekatan pulau-pulau ini bukan hanya ikan yang makin pupus, tarikan pelancong eco-sistem bawah air seperti batu karang – coral pun musnah jahanam. Perangkap nelayan kampung seperti bubu dan sebagainya pun turut musnah dengan kerugian berpuluh ribu.

Industri pelancongan dan mata pencarian orang kampong biasa pun jahanam dan rugi.

Persoalannya kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan dengan rondaan yang efektif?

Persoalannya lagi adakah nelayan asing ini begitu berani menghampiri pulau-pulau pelancongan ini tanpa tindakan pihak berkuasa kerana ada “godfather” orang atasan VIP tertentu melindungi sindiket mereka ?

Raja Bahrin (kiri) mendengar rintihan nelayan mengenai hasil tangkapan mereka yang kerap diganggu nelayan asing yang mana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu berkenaan sejak sekian lama.

Soalan nelayan lagi, kenapa hanya denda yang ringan dan tempoh penahanan yang pendek di kenakan kepada pesalah ? Kenapa Kerajaan berkeras tidak mahu meminda AKTA PERIKANAN 1985 yang pihak SPRM pun minta di ubah ?

Kenapa pihak Kerajaan tidak mahu memberi sokongan menjaga hak nelayan tempatan dengan meminda akta Perikanan dan kelihatan lebih berpihak kepada kepentingan pihak nelayan asing yang hanya di kenakan tindakan dan hukuman yang ringan. Kepentigan siapakah yang di jaga dan di dahulukan oleh Kerajaan ?

Pada tahun 2020 kesemua lesen “B” perikanan nelayana akan di mansuhkan dan nelayan dikehendaki naik taraf bot mereka kepada lesen “C” yang memerlukan perbelanjaan besar sebanyak RM300,000. Masalahnya nelayan yang mempunyai beberapa bot lesen “B” tidak di benarkan tukar nama pindah milek untuk jual bot mereka sebagai modal untuk naik taraf kepada lesen “C”.

Oleh itu dengan penghapusan lesen “B” pada 2020 mereka tidak boleh beroperasi lagi. Oleh itu hanya pemilik lesen bot besar “C” – untuk “laut dalam” dengan nelayan warga Vietnam akan mendominasi pantai serta laut dalam kita.

Nelayan tempatan menyoal peraturan kerajaan yang menghalang mereka pindah milek nama bot mereka kepada orang lain untuk modal naik taraf bot mereka kepada lesen “C”.

Mengapakah sekatan ini yang merugikan nelayan tempatan di adakan yang membuka luas dominasi nelayan bot besar dan warga Vietnam yang di kuasai olih orang berpengaruh vip tertentu! Kenapakah kepentingan pihak elit atasan sahaja di beri keistimewaan?

Akhir sekali, kesemua menteri-menteri bertanggung jawab isu nelayan dan perikanan seperti Tan Sri Shahidan Kassim, Datuk Noh Omar, Datuk Ismail Sabri dan kini Datuk Shabery Cheek merupakan Menteri Kanan dalam Kerajaan. Kenapakah mereka kesemua tidak menyelesaikan sebahagian besar masalah nelayan tempatan ? Kenapakah mereka sebagai menteri kanan tidak meminda akta Perikanan 1985 lapuk yang merugikan pengusaha hasil laut tempatan dengan kecurian meluas, seperti di syorkan oleh pihak SPRM ?

Kepentingan siapakah Menteri menteri tersebut serta pihak penguatkuasa memberi keutamaan selama ini ? Pencurian 980,000 tan metrik hasil tangkapan laut berharga RM6 Billion adalah jumlah yang amat besar yang tidak mungkin telah terlepas pandang oleh Menteri-menteri dan pihak penguatkuasa selama ini. Tidak ada alasan yang munasabah boleh di beri. Sindiket tempatan dan asing mengaut RM6bilion setahun telah lama bermaharajalela di perairan laut Malaysia.

Nelayan kita menuntut jawapan kepentigan siapakah dijaga kerajaan selama ini dengan kehilangan hasil RM6bilion setahun?

Yang pasti jawapannya, bukan kepentingan nelayan tempatan kita, yang masih di kalangan golongan termiskin di Malaysia dengan pendapatan RM400 sebulan.

Baca: Masalah nelayan tidak selesai jika tiada komitmen kerajaan, dakwa Raja Bahrin

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS