Masalah nelayan tidak selesai jika tiada komitmen kerajaan, dakwa Raja Bahrin

Masalah nelayan tidak selesai jika tiada komitmen kerajaan, dakwa Raja Bahrin

Ahli Parlimen Kuala Terengganu (AMANAH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, laporan muka depan akhbar perdana baru-baru ini mengenai SPRM menyatakan bahawa perlunya “mengkaji semula akta perikanan lapuk” dan rasuah dalam kalangan pihak berkuasa mungkin menggemparkan sebahagian rakyat, tetapi tidak kepada pihak nelayan kerana isu ini telah lama disuarakan.

Kata beliau, adalah menghairankan kenapa pihak berkuasa mengambil masa begitu lama untuk mengenal pasti masalah yang agak lapuk ini.

“Adakah pihak yang terlibat dari atas sampai ke bawah akan di dakwa atau ia hanya secara terpilih?

“Kenapakah kenyataan Menteri Pertanian dan Asas Tani sekadar “akan memberi kerjasama sepenuhnya” bukannya “tidak akan berkrompomi dan memandang serius” isu tersebut?” soal beliau.

Kenyataan Menteri yang kurang bersemangat sambung beliau, memberi gambaran bahawa tiadanya komitmen pihak kerajaan untuk menyiasat perkara tersebut hingga ke akar umbi berhubung sindiket terlibat.

Menurut Raja Bahrin, tinjauan beliau dalam kalangan nelayan selepas kenyataan tangkapan dan pendakwaan oleh SPRM dibuat baru-baru ini, mereka memberikan reaksi sinis dan ia tidak meyakinkan para nelayan.

“Mereka telah melihat dan mendengar senario sandiwara bermusim kerajaan semua ini dahulu, tiada apa yang boleh memberi harapan baru kepada mereka.

“Kesemua kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa adalah rungutan dan rintihan nelayan yang lapuk seperti juga “akta perikanan lapuk” yang di sebut oleh Datuk Azam Baki daripada SPRM itu.

Kalau pegawai SPRM ini mengatakan Akta 1985 ini “dilihat punca sumber maritim negara dirompak”, mengapakah sehingga kini selepas 30 tahun, tiada tindakan untuk mengubahnya dan juga tiadanya usaha untuk membela nasib nelayan?” soal beliau lagi.

“Siapakah yang begitu berpengaruh dan berkuasa yang dilindungi selama ini dan apa pula komitmen kerajaan sekarang untuk mengubahnya dan membawa nelayan keluar dari golongan termiskin dengan pendapatan di bawah RM400 sebulan?

“Punca masalah telah dikenal pasti, bilakah kerajaan akan bertindak?” tambah Raja Bahrin dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, penyelarasan pihak penguatkuasa dan hukuman pesalah warga asing yang juga telah dikenal pasti SPRM juga adalah isu nelayan yang pihak kami telah lama bangkitkan, bilakah ia akan diambil tindakan sewajarnya?

Masih terlalu banyak persoalan belum terjawab dalam isu ini, katanya.

“Kita mempunyai perbagai pasukan penguatkuasa yang terdiri daripada Polis Marin, Jabatan Laut, APMM dan juga Pihak Navy sejak hampir 60 tahun, tetapi kerja sesama mereka masih tidak boleh diselaraskan, sampai bila hal ini akan berterusan?

“Hukuman yang tidak cukup berat “untuk menggerunkan nelayan asing” termasuk denda maksimum RM5,000 bagi nelayan asing sudah lama kami perkatakan dan kini ia dipersetujui oleh pihak SPRM sendiri. Apa lagi fakta serta bukti yang kerajaan mahukan?” kata beliau.

Raja Bahrin menuntut serta mendesak pihak kerajaan bertindak segera atas kesemua soalan yang dikemukakan serta syor yang dibuat oleh SPRM.

“SPRM telah membuat cadangan dan kini pihak Peguam Negara dan kerajaan perlu bertindak segera. Kepentingan siapakah yang pihak kerajaan ingin jaga dan lindungi lagi yang menghalangnya untuk bertindak?

“Saya memberi pihak kerajaan satu minggu untuk membuat kenyataan rasmi berkaitan isu ini. Menteri Pertanian tidak hadhir sessi bahas peringkat Jawatankuasa Parlimen isu nelayan dan Timbalan Menteri pula tidak memberi jawapan yang memuaskan banyak isu.

“Apa lagi yang lebih penting daripada menjawab isu nelayan yang tergolong dalam kalangan termiskin di Malaysia beberapa bulan sebelum pilihan raya?

“Kalau hal ini tidak dijawab sekarang, sebelum PRU14, kita tidak menjangka kerajaan serius menyelesaikan isu nelayan sehingga ke akar umbinya,” kata beliau.

2.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 4.0
CATEGORIES