Pasangan kalau dah bercerai pastinya tidak lagu mahu menghabiskan wang jika bukan untuk anak-anak.
Namun lelaki ini masih memberi duit perbelanjaan buat bekas isteri sebanyak RM1,000 walaupun sudah 10 tahun bercerai.
Seorang wanita menerusi facebook, Normaliza Mahadi, menceritakan mengenai klien sebagai pengajaran untuk semua
“Klien saya meneruskan semua perbelanjaan rumah seperti biasa dan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada bekas isteri.
“Bekas isteri diberikan sebanyak RM1000 sebulan untuk kegunaan sendiri.
“Semua perbelanjaan lain bekas isteri seperti perubatan, percutian mengikut anak-anak, pakaian hari raya dan sebagainya masih dalam tanggungan bekas suami,” ujarnya.
Tidak hanya itu lelaki tersebut juga menyediakan kereta dan memberikan rumah lama kepada bekas isteri untuk keselesaan anak-anak.
Ketika ditanya Normaliza jika dia akan menghentikan duit perbelanjaan jika bekas isterinya berkahwin.
“Tidak. Beliau adalah mak yang sangat baik kepada anak-anak saya. Pemberian saya biarlah Allah membalasnya.
“Selagi saya mampu, InsyaAllah saya akan teruskan apa yang saya buat selama ini”, jawab lelaki tersebut.
Walaupun ini tidak terjadi kepada semua, lelaki ini pastinya memahami tanggungjawab sebagai seorang ayah walaupun sudah berlaku perpisahan.
Baca juga: “Hari pertama letih jugalah”, 4 jam ‘on-air’ jadi budak radio, Khairy ‘respect’ kerja DJ