Tular sebelum ini mengenai seorang lelaki berstatus duda yang mengakui terkejut apabila kekasih hati masih berstatus isteri orang.
Lebih menyedihkan pasangan tersebut juga sudah merancang untiuk berkahwin dalam waktu terdekat.
Menurut Harian Metro, wanita yang dikenali sebagai Dr Qaseh itu akhirnya tampil menerangkan kejadian sebenar untuk tidak menambah spekulasi.
“Saya memang sudah berkahwin lima tahun lalu dengan adik angkat dan Danny pada mulanya tak tahu hal itu.
“Tapi selepas berlaku insiden seorang lelaki mengaku suami saya, barulah saya ceritakan kepada Danny dan ada bincang dengannya, dia minta saya uruskan dahulu apa yang patut dengan suami, selepas itu kami boleh meneruskan niat untuk bernikah.
“Tapi semalam, dia (Danny) keluarkan kenyataan di live TikTok, saya pula ada menontonnya dan sangat terkejut. Mulanya memang marah dan fikir tindakannya keterlaluan kerana cakap secara terbuka.
“Namun, kalau saya dan dia saling berlawan kenyataan… tak akan habis jadi lebih baik saya mengalah. Mungkin dengan cara itu, isu berkenaan akan berakhir,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Sedar dosa besar bercinta dengan lelaki lain
Dr Qaseh mengakui tidak sepatutnya bercinta dengan lelaki semasa masih bergelar isteri, namun dakwanya perkahwinan bersama suami tidak seperti pasangan lain.
“Dia (suami) juga pernah beritahu saya yang dia akan lepaskan (cerai), jika saya ada orang lain, begitu juga sebaliknya dan ditakdirkan, Danny hadir dalam hidup saya.
“Suami tahu tapi itulah, hati manusia ini berbolak balik dan mungkin sebab banyak campur tangan orang luar, perkara jadi macam apa yang tular itu,” katanya.
Tambahnya lagi dia dan suami dan proses memfailkan penceraian dan dia juga akan kembalikan cincin nikah menerusi staff pemilik salun, Danny.
Baca juga: Pengantin lelaki naik pelamin seorang diri, sebak tengok baju sanding arwah isteri