Masih ‘gagah’ layan cucu, warga emas tak tolak jodoh walaupun usia lebih 1 abad

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan selalu kita berjumpa dengan mereka yang berusia lebih satu abad, apatah lagi dalam keadaan sihat dan bertenaga.

Masih mengingati pengalaman negara dijajah oleh Jepun, warga emas berusia 112 tahun ini gigih berkongsi kisah bersama anak cucu.

Menurut Kosmo, nenek kepada 19 cucu, Siti Hawa dikatakan masih cergas dan mampu menunaikan solat lima waktu walaupun penglihatan sudah kabur sedikit.

Penah berkahwin selama tujuh kali sebelum ini, dia mempunyai empat anak daripada perkahwinan sebelum ini.

Disebabkan faktor usianya, Siti Hawa kini tinggal bersama anak bongsunya, Ali Seme di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat.

Tak makan nasi disulami air

Tambahnya, dia tiada rahsia untuk umurnya yang panjang namun untuk menjaga kesihatan, dia mengamalkan makan nasi tanpa disulami air.

Siti Hawa juga tidak menolak untuk berkahwin lagi jika ada pihak yang berkenan melamarnya sebagai isteri.

“Bekas suami saya sebelum ini, ada yang meninggal dan ada yang bercerai kerana kami tidak sehaluan,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Menurut anak bongsunya, Siti Hawa sangan menjaga makan minum dan mengambil ubat darah tinggi mengikut jadual ditetapkan.

“Dia masih boleh solat lima waktu sambil duduk. Biarpun ingatannya lemah tetapi boleh menceritakan sejarah di zaman negara dijajah oleh Jepun kepada anak cucunya,” ujarnya.

Baca juga: Datuk Aishah tak nak dah masuk pertandingan, letih hadap komen netizen, “macam berdosa pula jadi tua”