Malaysia Dateline

Masih kerjakan Zohor kah kita di waktu Jumaat selepas 13 minggu

Solat Jumaat adalah wajib bagi setiap umat Islam lelaki yang aqil baligh sepertimana yang di firmankan Allah swt dalam Surah Al Jumaah:-

Allah swt berfirman yang maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan  untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (Al-Jumu’ah 62:9)

Seterusnya firman Allah swt,

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al-Jumu’ah 62:10)

Asbabun nuzul surah Al-Jumuah ayat 9 sampai 10 adalah ketika Rasulullah s.a.w. sedang menyampaikan khutbah jumaat lalu datanglah rombongan pedagang (Dihyah)  yang membawa pelbagai barang untuk di jual yang membuat  ramai jamaah  meninggalkan khutbah yang sedang di sampaikan Nabi Muhammad s.a.w. dan tinggal hanya sekitar 12 orang semasa khutbah di sampaikan Rasullullah  s.a.w.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Hal Ehwal Agama pada 20 hb Mac 2020 di Awani mengambil masa sekitar  6 minit 4 saat untuk menangguhkan Solat Jumaat yang telah di terima dengan bersangka baik terhadap arahan berkenaan memandangkan ianya di laporkan atas arahan Kementerian Kesihatan untuk menantangani Covid-19.

Beliau meminta umat Islam menggantikan Solat Jumaat dengan Solat Zohor bermula 21hb Mac 2020 memandangkan kata beliau, ‘ manafaat/ maslahah cukup besar’

Namun yang ummat Islam faham ialah tiada apa manafaat/maslahah di terangkan kepada Ummat Islam. Kita faham ianya untuk menggelakkan jangkitan. Justru arahan Menteri Kesihatan di bawah Akta 342 di patuhi rakyat sekalipun Akta berkenaan berkaitan kesalahan-kesalahan kecil semata mata.

Sekalipun juga Covid-19, tiada dalam jadual penyakit berjangkit Akta berkenaan rakyat tetap patut berdasarkan mungkin klausa umum penyakit berjangkit di guna pakai tanpa pergi ke Dewan Rakyat untuk membuat pindaan dan kemaskini terhadap jadual di belakang Akta 342 berkenaan.

Namun semenjak 21 hb Mac 2020 sehingga hari ini 5hb Jun 2020 telah 13 minggu hari jumaat ummat Islam tidak menunaikan Solat Jumaat kecuali baru-baru ini cuma ajk masjid tidak lebih daripada 30 orang di benarkan Solat Jumaat di Masjid.

Seterusnya apakah perlu di perlahankan ungkapan azan , ‘Marilah sembahyang’ kerana ungkapan berkenaan cuma menyeru untuk berSolat bukannya menyeru untuk datang ke Masjid. Apakah kita Cuma mahu meniru apa yang di buat Kuwait tanpa kita sedar Kuwait juga bukanlah mengamalkan undang -undang Islam secara sepenuhnya dengan adil.

Perkara yang menyebabkan kemarahan Presiden Iraq Saddam Hussein ialah kemewahan melampau dan membazir pemerintah Kuwait serta keizinan yang Kuwait beri kepada Amerika dari segi logistic ketenteraan dan hak-hak kepada telaga minyak milik Kuwait.  Negara Kuwaitkah patut kita jadikan contoh untuk meminda sedikit cara penyampaian Azan.

Tanpa perlu di pinda dengan cara memperlahankan Azan serta menambah teks di akhir Azan, Ummat Islam di Malaysia tetap akan patuh kepada arahan kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertindak atas permintaan Kementerian Kesihatan menerusi Akta 342.

Justru ungkapan tambahan, ‘solat lah kamu di rumah kamu/tempat kamu’ adalah risiko berani tak bertempat kerana menambah sesuatu di akhir azan mengantikan doa selepas azan sememangnya ummat Islam tetap akan bersolat dimana sahaja lokasi asalkan tempatnya bersih dan menghadap Qiblat. Doa selepas azan mungkin di tiadakan dalam rakaman azan radio mungkin kerana ianya Sunat dan di gantikan dengan kata kata peringatan oleh manusia mengenai Solat di rumah atau tempat kamu.

Menteri agama sekadar menyebut ada perbicangan di kalangan ulama Arab Saudi, juga Kuwait, juga UAE, juga Mesir yang beliau sekadar menyebut patuh pemerintah ada kebaikannya. Ini boleh menimbulkan rasa was-was di kalangan orang awam lebih lebih lagi Menteri Agama merupakan bekas Mufti- pelik lah sangat jika sekadar menyebut secara umum tanpa penjelasan dengan sumber/nas nas.

Kenapa pula Menteri Agama nak berdoa di akhir penjelasan umum beliau, apakah beliau juga nak mempamirkan sifat sifat seperti ketua kerajaan tebuk atap dan Menteri dalang rampasan kuasa yang berdoa dalam tv hinggakan ada yang mengatakan sebak melikat ketua kerajaan berdoa dalam tv, kalau begitu semua perompak bank dan penyamun jalanan boleh lah berdoa selepas melakukan jenayah mana tau polis akan sebak melihat mereka turut sama menadah tangan berdoa lah barangkali.

Menteri Agama tak patut bazirkan kemunculan beliau di TV untuk memberitahu isu isu penting dengan umum tanpa nas dan menjadikan doa biasa sebagai sebahagian daripada penerangan beliau melainkan jika penerangan beliau terperinci dan jelas, kalau nak berdoa sampai esok pagi pun takda sesiapa nak mempertikai lagi.

Mari kita tinggalkan Menteri Agama yang sentiasa melanggar PKP sewaktu SOP untuk wakil rakyat belum di keluarkan termasuk ke sani ke sini melawat masak memasak Ramadhan di Masjid Masjid, berjumpa dengan anak bekas TPM yang telah pun di dakwa di Mahkamah tetapi beliau terlepas dsbnya.

Terdapat beberapa  potong Hadith yang boleh di kongsikan di sini untuk manafaat bersama.

Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra,  Rasulullah saw bersabda :

 

‎مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

قالوا : يا رسول الله ، وما العذر ؟ قال : خوف أو مرض .

(رواه أبو داود ) .

Maksudnya : Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran. Mereka (para sahabat) bertanya ; “Wahai  Rasulullah, apakah keuzuran itu?” Baginda menjawab, “Ketakutan/kebimbangan atau penyakit”

Dalam keadaan wabak covid-19 yang sedang melanda negara pada hari ini perkumpulan seperti solat jumaat di masjid bakal membawa kemudaratan serius yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa yang membolehkan Solat Zohor di rumah atau di mana mana lokasi bersih mengadap Qiblat  seeseorang tu berada.

Seterusnya, sesiapa yang meninggalkan Solat Jumaat tanpa uzur syarie 3 kali berturut-turut akan di cap oleh Allah swt sebagai mempunyai hati orang munafiq. Aby a—Ja’di adh- Dhamriy meriwayatkan yang Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq.”

(Hadith Ibnu Hibban)

Ibnu Abbas melaporkan Sabda Nabi Muhammad s.a.w.

Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”

( Hadith Riwayat Abu Ya’la)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam untuk membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Anak Al Marhum Uztaz Fadzil Nor , Uztaz Fauwaz Fadzil Nor yang muncul di Agenda Awani telah menerangkan dengan lebih jelas dalil dalil mengapa solat berjemaah di masjid perlu di tangguhkan berdasarkan nas-nas, qawaid fiqiyyah serta kitab-kitab termasuk kitab Fiqh ul Mizan.

Kepentingan kesihatan  awam serta  Mizan  iaitu penimbang aspek Aqidah  dimana wabak ialah ujian Allah swt justru perlu di ambil tindakan untuk mencegah kemudaratan.

Kaedahnya, Maslahah di utamakan yakni untuk menjaga Solat supaya berterusan di masa hadapan perlulah di tutup Masjid buat sementara. Justru, kemudaratan di utamakan mengatasi keperluan Solat berjemaah di Masjid.

Kenapa fokus kepada Masjid kerana ianya tempat awam—kaedah menjaga nyawa lebih penting daripada ibadah berjemaah yang mungkin boleh memudaratkan justru keputusan menutup Masjid bukan semwenangnya  iaitu Kaedah, apabila bertemu nyawa dengan ibadah, nyawa di utamakan, terpakai. Menjaga nyawa adalah fardhu ain.

Mizan/timbangan lain yang di guna pakai bagi melarang Solat berjemaah di Masjid ualah kerana Covid-19 adalah penyakit berjangkit menerusi kandungan air liur serta bersin virus yang kita tidak Nampak boleh terbang terus kepada kita justru kata beliau lagi,  tabligh dakwah walaupun kebaikan kena tangguh dulu baru sambung kembali bila tiada kemudaratan.

Allah  swt berfirman yang bermaksud:,

Sesungguhnya, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti bukti dan mukjizat yang jelas nyata, serta Kami telah menurunkan kitab suci bersama-sama mereka dan keterangan yang menjadi mizan (neraca) keadilan supaya manusia dapat memacu kesaksamaan…” (Surah al Hadid: ayat 25)

Fiqh al-Mizan yang diperkenalkan oleh Syeikh ‘Ali Muhyiddin al Qarah Daghi bermaksud mengetahui dan memahami bahawa setiap benda dan perkara itu mempunyai timbangannya yang khusus. Ia merujuk kepada satu disiplin ilmu untuk mengetahui mizan-mizan (timbangan) yang dijadikan penimbang bagi segala bab dalam Islam iaitu akidah, syariah dan manhaj kehidupan, serta cara berinteraksi dengannya mengikut mizannya yang khas.

Ringkasnya, setiap isu atau perkara mempunyai mizan atau timbangan atau neraca berbeza untuk memastikan berlaku keadilan. Mizan untuk Pandemik Covid-19 ini berbeza dengan wabak penyakit lain memandangkan virusnya merebak dengan cepat dalam udara yang kita langsung tidak Nampak

Di zaman pakar perubatan dunia Islam  Ibnu Sina masih hidup terdapat satu pandemik yang cara merebaknya seakan-akan sama dengan apa yang berlaku dengan Covid-19 sekarang ini diseluruh dunia yang ketika itu satu wabak yang agak sama sifat dan cara pencegahannya di kenali sebagai , ‘the black death’ di mana Ibnu Sina mengeluarkan nasihat perubatan yang berikut:

Ibn Sina makes the timeless call for people to stay home in isolation to avoid spreading the contagion. He also suggests the closure of public spaces, including bazaars and mosques… some  expressing concern that, if they close the mosques the “fanatics” will tear them apart… that is not “fanatic” but can go hand-in-hand with “rational” measures during a pandemic, including the closing of mosques…….. Many found something positive in Ibn Sina’s message to stay calm, overcome fear, and avoid public spaces when possible…..’

( Reference:  Nicholas Seay, PhD student in the Department of History at Ohio State University interested in Central Asia’s cultural history his article, ‘ Ibn Sina as corona meme: the internet afterlife of a 1950s Soviet film).

Justru, Uztaz Fauwaz menjelaskan yang kita perlu menggembalikan tanggung jawap itu pada pemerintah. Namun mungkin kita perlu berhati -hati sedikit disini di mana penulis berpendapat pemerintah sepatutnya bermaksud kerajaan Islam yang boleh di percayai namun sistem perundangan di Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara  dan bila ada isu konflik antara undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengatasi apa saja akta dan enakmen yang di luluskan dalam negara kita. Ini lah yang di runding oleh pejuang kemerdekaan Umno bersama penjajah British di London serta akhirnya di kuatkuasakan bermula tahun 1957.

Lagi pun kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang melakukan pelbagai jenayah di bawah Kanun Keseksaan dalam merampas kuasa termasuk mesabotaj sistem demokrasi negara yang cuma mengizinkan mendapat kuasa memerintah  menjadi kerajaan persekutuan menerusi sistem pilihanraya umum di mana ini lah kunci keamanan negara iaitu rakyat memilih kerajaan persekutuan menerusi pilihanraya umum dan apa yang berlaku adalah kesalahan jenayah yang mensabotaj sistem demokrasi negara yang merupakan kesalahan jenayah  di bawah Kanun Keseksaan.

Kerajaan tebuk atap juga mensabotaj ekonomi negara satu lagi kesalahan dibawah Kanun Keseksaan di mana selepas beberapa hari sahaja rampasan kuasa pasaran modal negara rugi kira-kira RM43 billion yang selepas itu menjadi jauh lebih besar kerugian kepada negara. Seterusnya perbuatan tidak berlaku jujur pada Yang Di Pertuan Agong dengan memaklumkan baginda satu angka sokongan ahli Parlimen yang tidak benar boleh di tafsirkan sebagai mengistihar perang terhadap Yang Di Pertuan Agong yang merupakan kesalahan yang amat serius dan berat di bawah Kanun Keseksaan.

Justru untuk secara membuta tuli menyerahkan kepada kerajaan  tebuk atap untuk membuat keputusan bila hendak membuka Masjid adalah satu keputusan yang boleh di pertikaikan. Kerajaan tebuk atap kini sibuk membahagikan kerusi kerusi Menteri sampaikan mereka yang bukan berjawatan Menteri di beri jawatan bertaraf Menteri seperti duta duta khas yang tidak di ketahui apa kerja mereka di sebabkan kebanyakkan negara penting dunia Malaysia mempunyai duta atau persuruhjaya tinggi di negara berkenaan.

Ini dua kali lima dengan wanita yang berbuat baik dengan semua Perdana Menteri untuk mendapatkan jawatan semenjak zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, zaman penjenayah Najib Razak , zaman Tun Dr Mahathir dan kini zaman kerajaan tebuk atap, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa perlunya penasihat Kementerian Kesihatan di lantik? Bukahkah kita sudah ada Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan. Jika kita katakan Menteri Kesihatan kita masih mentah kurang pengalaman, saya setuju jadi penasihat berkenaan patut bekerja dalam pejabat Menteri Kesihatan sebagai pembantu Menteri kesihatan secara kontrak tanpa mengira beliau bergelar Tan Sri kerana kuat mengampu.

Tapi pengalaman apa yang penasihat itu ada melainkan menjaja kisah peluru tersesat di punggungnya untuk mendapatkan gelaran dan jawatan. Insiden itu berlaku ketika misi bantuan Mercy di luar negara lama dahulu. Jika ini lah kayu ukur untuk menjadi penasihat sesebuah kementerian, penulis cadangkan para pemimpin NGO yang ramai di luar negara pastikan ada peluru sesat terkena punggung kemudian kembali ke Malaysia tuntut jawatan tinggi dalam kerajaan.

Justru Allah swt dalam Surah Al Furqan berfirman dalam bentuk amaran yang jika manusia gagal menggunakan Aqal, maka manusia boleh jadi lebih teruk daripada haiwan. Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada kerajaan tebuk atap. Pertanyaan terus kepada Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pandangan beliau jika Masjid di buka dengan mematuhi SOP perlu di lakukan segera.

Amat ganjil jika kerajaan tebuk atap yang bermesyuarat dan mengadakan sidang media harian setelah berbulan bulan kini membenarkan kompleks membeli belah di buka, pengangkutan awam di buka semula, restoran di buka semula yang sekalipun mensyaratkan SOP di patuhi, tetap hakikatnya orang ramai telah ramai kembali di segala tempat.   Justru jika ini semua boleh di izinkan , kenapa pula Masjid tidak?

Apakah lebai lebai kerajaan tebuk atap dah penuh mulut di sumbat dedak dan yang belum dapat dedak dalam kabinet kini sibuk mengkritik pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya sekurangnya di lantik dalam syarikat-syarikat milik kerajaan.

Apakah kerajaan tebuk atap ingat rakyat tidak sedar begitu ramai samseng dan penjenayah telah mendapat jawatan sebagai ghanimah? Kesemua Lembaga pengarah syarrikat berkaitan kerajaan berhak memluluskan resolusi membatalkan perlantikan para samseng dan penjenayah ke dalam syarikat mereka yang mampu mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat mereka, lihat saja Tabung Haji licin sampai negatif di kerjakan oleh toyol tua daripada Baling sedikit masa dahulu.

Begitu juga dengan kerbau pendek yang mengerjakan Felda sebelum ini. Atau Lembaga Pengarah boleh mengambil keputusan menutup syarikat berkenaan dan menubuhkan syarikat baru tanpa Pengerusi samseng merangkap penjenayah merangkap pedagang agama dsbnya. Atau Lembaga Pengarah boleh membuat laporan polis dan sprm berdasarkan jenayah lampau Pengerusi mereka yang membolehkan mereka menamatkan perlantikan serta-merta. Biarlah kiranya ada ugutan saman kerana jika Pengerusi menyaman secara salah akan menguntungkan syarikat kerana boleh menuntut pelbagai gantirugi akibat menyaman secara salah dan menyalah guna proses Mahkamah

Justru, rakyat perlu bertindak menerusi wakil wakil  rakyat mereka untuk bertanya terus kepada Ketua Pengarah Kesihatan yang sekiranya ada SOP di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan bolehkah Masjid di buka dengan kadar segera memandangkan sudah 13 minggu tidak dapat berSolat Jumaat.

Sanitizer beralkohol boleh di gantikan dengan sabun bila memasuki Masjid, Proses nyah kuman di Masjid boleh di lakukan sebelum setiap waktu Solat. Jika karpet menjadi isu, maka solat berjemaah di ruang tidak berkarpet dengan menggunakan sejadah yang di nyah kuman.

Suhu badan serta rekod diri di ambil sepertimana memasuki pasaraya dan restoran serta kompleks membeli belah, Sekiranya tiada bajet, akaun Masjid biasanya ada banyak simpanan yang biasanya boleh di salah gunakan untuk ubai suai Masjid yang tidak penting dan tidak perlu kecuali sengaja nak mengeluarkan wang Masjid. Manakala pusat pungutan zakat yang ada wang berbillion ringgit boleh menyumbang untuk membolehkan Masjid mematuhi SOP Covid-19 atas sebab Fi Sabillillah.

Pelbagai Kaedah Feqah disebut dalam kitab Fiqh ul Mizan perlu di terima pakai dengan berhati-hati supaya percaya kepada pemerintah tidak sampai kepada kita biarkan pemerintah membuka tempat awam lain yang kurang penting sesuka hati dan kita berdiam diri bila dah 13 minggu tidak berSolat Jumaat.

Apakah keistimewaan AJK Masjid untuk bersolat Jumaat kerana lebih 20 tahun dahulu amat popular dalam kaset kaset ceramah seorang penceramah terkenal yang telah pun kembali ke rahmahtullah , kisah ajk Masjid sujud dalam Solat berjemaah terkeluar kertas nombor ekor di tiup kipas ke serata lokasi makmum yang sedang berSolat.

Nabi Muhammad saw telah bersabda dalam Hadih Sohih Muslim dimana baginda menegaskan kebersihan adalah sebahagian daripada Iman dan pelbagai ayat Al Quran Allah swt telah berfirman memerintahkan jangan melakukan kerosakkan diatas muka bumi serta menjaga alam sekitar supaya penyakit dapat di elak daripada tersebar kerana gagal menjaga kebersihan. (Contoh Surah Al Maidah dan Surah Ar Rum)

Al Qaradhwi di petik menyatakan yang alam sekitar adalah ibarat ibu kita yang perlu dijaga, yakni bagi mencegah keroskkan serta penularan wabak penyakit.

Uztaz Fauwaz Fadzil Nor dalam program Agenda Awani juga ada menyatakan realiti wabak ini sedang berjangkit dengan cepat di seluruh dunia jadi kaedah-kaedah keutamaan yang paling sesuai dengan realiti semasa perlu di utamakan.

Namun apakah yang membolehkan pelbagai lokasi di buka semula sekarang ? Malangnya kenapa Masjid antara lokasi yang masih belum di izinkan di buka? Jika takut Jemaah bersesak mengambil wuduk mudah saja, ambil wudhu di rumah. Justru mereka yang di benarkan mengambil wudhu ialah cuma mereka yang terbatal ketika berada dalam Masjid contohnya angin bom atom samada berbau atau tidak terkeluar secara tidak sengaja.

SOP Covid-19 lain mudah di patuhi asalkan Masjid mempunyai peruntukan kewangan yang cukup samada daripada akaun simpanan Masjid yang berlambak ataupun daripada bantuan Pusat Pungutan Zakat. Tidak cukup kakitangan juga boleh di ambil pekerja baru sebagaimana sekarang kakitangan syarikat penghantaran makanan di tambah berlipat ganda bilangannya.

Jadi hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Dan majoriti ulama daripada Imam Shafee termasuk Imam Nawawi memperuntukan minima 40 orang untuk berSolat jumaat jadi mengapa pula negara kita yang mengaku mengikuti Imam Shafee mengambil jumlah bilangan kecil yang berlaku di awal Islam ataupun mengambil pendapat golongan kecil ulama mazhab shafee yang membolehkan kurang daripada 40 orang sekali pun tiga orang dan sebagainya sedangkan telah diterima pakai oleh majoriti dalam Mazhab Shafee minima Solat ialah 40 orang. Menteri agama ketika sidang media gagal menyakinkan penonton ketika menjawap soalan wartawan mengenai sepatutnya 40 orang makmun menurut majoriti Mazhab Shafee, beliau sekadar menjawap ada sebahagian (bukan majoriti( mazhab shafee izinkan bawah 40 orang makmum.

Punyalah busuk hati kerana sesebuah Masjid mungkin tiada 40 orang AJK, justru kerana tidak mahu izinkan rakyat turut bersolat sampaikan Pengarah Agama Wilayah yang sekarang ini yang terkenal rapat dengan pemimpin politik umno yang berdagang agama sebelum ini, mengeluarkan arahan bagi mereka yang menerima teks pesanan ringkas serta mesej What’s App sahaja boleh hadir ke Masjid, dan yang lain akan di minta beredar.

Apakah solat berjemaah menjadi esklusif pada golongan kecil tertentu sahaja atau penutupan lama Masjid Masjid adalah untuk menggelirukan banyak pihak supaya pelbagai peruntukan menggunakan alasan Covid-19 di pohon dan tidak jelas penggunnaan dana yang dipohon serta misteri penutupan Masjid berterusan selagi bajet bajet di pohon tidak diperolehi. Ini sekadar sesuatu untuk di siasat oleh pihak berkaitan dengan telus .

Penulis ingin mengingatkan pihak berkuasa , yang setiap tingkat mana mana bangunan pejabat terdapat 40 orang dewasa, dan sekiranya majoriti bagunan pejabat setiap tingkat mengadakan Solat Jumaat sendiri dengan teks khutbah yang tiada propaganda kerajaan serta mengutip derma jumaat sendiri untuk kebaikan Jemaah di tingkat berkenaan, maka tidak mustahil Masjid seluruh negara akan kekal kosong kerana ianya lebih memudahkan Jemaah bersoalah jumaat di setiap tingkat dengan minima 40 lelaki dewasa serta jika bangunan berkenaan ada 50 tingkat maka ada 50 Solat Jumaat 50 khutbah tanpa teks propaganda. Setakat mana boleh didakwa kesalahan mendirikan solat jumaat tanpa kebenaran—kerana dalam Mahkamah pihak tertuduh boleh mengemukakan

Bukti-bukti apa yang kerajaan tebuk atap dah lakukan malah hakim-hakim syarie tertentu yang  bermasalah sejak zaman jamil khir sebagai Menteri pun umum kenal jika Ajib ingat rakyat tak tahu siapa mereka yang boleh di pohon tertuduh untuk menukar hakim ataupun meneruskan saja perbicaraan dan membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah/ Mahkamah Rayuan Syariah sebaik sahaja perbicaran selesai di jam yang sama menggunakan perakuan segera.

Akhir Qalam mengapa pub-pub dizinkan di buka? Kerana amalkan social distancing? Seorang pembesar di sebuah negeri mengumumkan Solat berjemaah di larang di negeri baginda sehingga hujung bulan Jun 2020 dan pada masa sama merupakan  salah seorang pemilik Hard Rock Café Kuala Lumpur yang menjual minuman keras setiap hari daripada jam 12  tengah hari sehingga 10 malam termasuk waktu umat Islam sepatutnya bersolat Jumaat. Jika bukan di musim Covid-19 ianya di buka hingga jam 3 pagi di hujung minggu.

Nak buat apa daripada jam 12 tengah hari agaknya Solat Zohor sampai Isya bersambung terus Qiyammulai kot dalam Hard Rock Café KL sambal terhoyong hayang. Mudah saja jawapan nya kot negeri baginda bukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Benar, bukan semua dalam Hard Rock Café itu minum minuman memabukkan namun apakah kajian di buat berapa ramai muka melayu yang minum minuman beralkohol dalam Café berkenaan? Tak tau lah kot muka sahaja melayu tetapi samada beragama lain atau dah murtad?

Sekiranya Pakatan Harapan (PH) memerintah sekarang, tidak mustahil parti DAP akan di persalahkan oleh pejuang pejuang bangsa dan agama yang kini menjadi kerajaan tebuk atap memperdagangkan bangsa dan agama untuk mendapat kuasa, jawatan dalam kerajaan dan GLC serta pendapatan lumayan.

Namun bila para Lebai menjadi sebahagian daripada kerajaan tebuk atap maka isu isu agama menjadi kurang penting dan jika ditanya terus akan di tuduh penyokong DAP komunis walhal dimana komunisnya DAP bila begitu ramai terpaksa membayar gantirugi diperintahkan Mahkamah akibat fitnah kepada DAP dan pemimpin DAP termasuk media media seperti utusan Malaysia dan TV3.

Seoloknya para lebai berhenti menyalahkan DAP untuk menggelirukan penyokong mereka atas pelbagai salah laku jenayah yang mereka lakukan untuk kepentingan diri dengan cuba menyalurkan kesalahan mereka kepada DAP. Rakyat memerhati meskipun segolongan penyokong Lebai akan percaya apa sahaja yang keluar daripada mulut Lebai tanpa usul periksa.

InshaaAllah di harap Masjid dapat kembali di buka dengan mematuhi SOP Covid-19 sebelum ummat Islam negara ini sudah hilang selera nak berjemaah di Masjid kerana di tadbir oleh mereka yang menggunakan alasan penyakit namun segala tempat kunjungan awam lain boleh dibuka .

InshaaAllah setiap pejabat di setiap tingkat memang telah sedia cukup 40 orang Jemaah untuk mematuhi perintah Allah swt di samping menjaga penjarakkan sosial serta SOP Covid-19 sedia ada untuk memasuki restoran dan kompleks membeli belah. Masing masing boleh mengambil inisiatif sendiri jika keadaan berterusan tidak berubah.

Dapatkan pandangan pakar kesihatan dan jika boleh dapatkan secara bertulis jika hendak meneruskan Solat jumaat berjemaah di tingkat masing-masing tanpa perlu bercampur dengan tingkat lain, cukup sekadar 40 orang atau lebih di tingkat yang sama sahaja. Apa yang baik daripada Allah swt semata dan apa yang tidak baik jika ada adalah kelemahan penulis sendiri.

Wallahualam.


Penulis adalah peguamcara dan peguambela.