‘Perang’ di media sosial susulan senarai ciri bakal suami serba sempurna yang diidamkan seorang gadis dilihat masih berlanjutan.
Namun, pendapat seorang netizen ini membuatkan sama ada perempuan dan lelaki sedar hakikat mengenai persoalan jodoh sebenarnya adalah ‘misteri’.
Pengguna Facebook atas nama Encik Sammi Sama berkata, tidak salah menulis 1,001 ciri apa yang diingini daripada bakal pasangan.
Namun, katanya, jarang kita mendapat apa yang diinginkan kerana Allah akan beri apa yang kita perlu.
“Kita sebenarnya jarang atau malas nak fikir tentang orang yang punyai ciri-ciri yang kita berkehendakkan itu suka tak pada kita.
“Paling teruk, kita hanyut dan delusional dengan bersandarkan apa yang kita hendak sahaja,” katanya.
Pendapat beliau dilihat menarik perhatian warganet dengan rata-ratanya terutama kaum Hawa menyifatkan pada akhirnya lelaki yang halus tutur kata dan berbudi bahasa juga yang menjadi pilihan hati.
“Nak yang rupa sekian sekian tu boleh tapi kena cermin juga diri kita dulu. Bukan kita saja yang pandai memilih,” kata Aqillah Abdullah.
Walau bagaimanapun bagi pengguna Facebook Ai Iriz secara terus-terang berkata, sebelum ini dia mengimpikan bakal suami yang berisi dan tinggi lebih 180 sentimer memandangkan dirinya hanya 160 sentimeter.
Katanya, dia bersyukur akhirnya doanya itu dimakbulkan dan menyedari bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
“Bila kahwin, kalau peluk, kan elok je kepala saya betul-betul di dada si suami. Boleh dengar degupan jantung dia sebab saya 160 cm.
“Saya suka laki chubby dan tinggi, ala-ala teddy bear, baru peluk tak rasa tulang. Bagi saya, benda tu sweet dan Alhamdulillah, Allah makbulkan. Lain orang, lain seleranya,” katanya.
Berbeza dengan golongan Hawa yang dilihat agak cerewet memilih pasangan, kebanyakan lelaki meletakkan syarat mudah sahaja termasuk Mohammad Azrat Mohd Azman.
“Lelaki simple saja kriteria yang dia nak. Satu saja, cantik. Dah cukup,” katanya dengan ramai lelaki dilihat bersetuju dengan ciri ‘mudah’ yang diberi itu.
Baca juga Kaum hawa pun sama kecam ‘content’ isteri biadab dengan suami, calon isi neraka
Baca juga Suami tak wajib carum untuk isteri, skim adalah secara sukarela – Perkeso