Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Masing cuba ugut penduduk Baleh pilih GPS, kata Oscar

Masing cuba ugut penduduk Baleh pilih GPS, kata Oscar

Oleh MAHDAR BUJANGMarch 15, 2020 3:01 pm




Ahli Parlimen DAP Sibu, Oscar Ling Chai Yew menempelak cara Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang cuba mengugut penduduk di kawasannya di Baleh, Kapit.

Menurut Kenyataan Oscar dalam pautan Facebooknya, suratkhabar Utusan Borneo bertarikh 12 Mac 2020 yang manatajuk beritanya ialah ‘Pilih GPS jika mahu geran MRP semula – Masing’ seolah-olah mengugut penduduk di Baleh sekiranya mereka tidak mengundi Gabungan Parti Sarawak dan mengundi parti lain, mereka tidak akan mendapat geran projek kecil luar bandar (MRP).

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir Kerajaan Pusat lalu telah bertanggungjwab memberikan peruntukan kepada Ahli Pembangkang untuk rakyat di kawasan mereka.

“Tetapi, malangnya Timbalan Ketua Menteri Sarawak perlu menggunakan cara sebegini untuk memperolehi undi daripada rakyat, seolah-olahnya pilihan raya hanya bertujuan mendapat dana MRP sahaja, bukan memilih pemimpin kerajaan negeri atau negara,” ujar beliau.

Oscar menegaskan, semasa Kerajaan PH memerintah di Kerajaan Pusat, ia adalah kali pertama anggota parlimen pembangkang diberi peruntukan.

Ini berbeza, jelasnya pada era Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang hanya memperuntukkan dana untuk wakil rakyatnya sendiri sedangkan pembangkang tidak menerima sebarang dana.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan PH sememangnya membela nasib rakyat dan berusaha untuk memastikan pembangunan dapat diberikan kepada keseluruhan rakyat di negeri ini.

“Sehubungan itu, diharapkan Masing tidak memainkan sentimen ini kepada rakyat dalam usaha mereka untuk memperoleh undi kerana ini bukan cara demokrasi yang perlu ditunjukkan kepada rakyat.

“Biarlah rakyat menilai apa usaha yang telah PH lakukan dan prestasi wakil rakyat dalam memilih undi mereka,” tambah beliau lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production