Malaysia Dateline

Masjid Al-Aqsa akan dibuka semula selepas Aidilfitri

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis kelmarin berkata, masjid berkenaan hanya akan dibuka semula untuk mereka yang ingin beribadah di situ selepas Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Anadolu Agency, Jabatan Wakaf Islam yang dikendalikan oleh Jordan itu berkata, langkah-langkah untuk membuka semula kawasan itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Aidilfitri yang merupakan tamatnya orang Islam berpuasa di bulan Ramadan akan jatuh pada hari Ahad.

Masjid Al-Aqsa ditutup kepada orang ramai lewat Mac lalu ekoran penularan wabak COvid-19 di wilayah Palestin.

Pihak berkuasa Palestin mengesahkan 576 orang telah dijangkiti Covid-19, termasuk 67 kes di Timur Baitulmaqdis, daerah terletaknya Masjid Al-Aqsa.

Al-Aqsa adalah tempat suci ketiga bagi umat Islam. Manakala penganut Yahudi memanggil tempat itu sebagai Temple Mount dan mendakwa di situ terdapat dua binaan suci Yahudi pada masa lalu.