Malaysia Dateline

Masjid diseru adakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Muhammad Haziq selepas solat Jumaat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyeru semua masjid di negara ini mengadakan solat jenazah ghaib esok (Jumaat) bagi memberikan penghormatan kepada Allahyarham Muhamad Haziq Mohd Tarmizi yang disahkan terkorban dalam serangan tembakan di Masjid Al Noor di Chrichurch Jumaat lepas.

Dalam kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyebut dengan berita yang amat mendukacitakan ini,Dr Mujahid memohon agar semua masjid di seluruh Malaysia dapat mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Mohd Haziq selepas solat Jumaat esok.

“Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham Muhammad Haziq dan semoga beliau ditempatkan bersama orang yang soleh,” ujarnya kenyataan itu.

Dr Mujahid dijadualkan Dr Mujahid Rawa akan akan bertolak ke New Zealnd pada jam 3.30 petang ini mewakili kerajaan Malaysia ke Christchurch.

Wisma Putra hari ini turut memberitahu Dr Mujahid akan mewakili kerajaan bagi tujuan menguruskan jenazah Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi dan memberikan sokongan kepada tiga lagi mangsa yang kini masih menerima rawatan di Hospital Chrischurch.

“Beliau dijangka bertolak pada jam 3.30 petang ini dan tiba pada Jumaat.

“YB Menteri dijadualkan bertemu keluarga Allahyarham Mohd Haziq sejurus tiba diChristchurch.

“Selepas itu, YB Menteri juga akan menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah di salah sebuah masjid yang telah diserang serta menyampaikan khutbah Jumaat,” ujar kenyataan di Pejabat Menteri hari ini.

Difahamkan, seluruh keluarga Allahyarham telah berada di Christchurch terlebih dahulu memandangkan bapanya, Mohd Tarmizi Shuib, 42, turut menjadi salah seorang mangsa.

Seorang lagi anak Mohd Tarmizi, Mohd Haris, 12, masih menerima rawatan di hospital kanak-kanak di Christchurch akibat trauma susulan insiden itu.