Malaysia Dateline

Masjid punyalah besar, luas tapi kuota 300 orang sahaja, bidas netizen

Menjawab kepada tularnya video jemaah diberi layanan berbeza, Masjid Putra Putrajaya hari ini mengeluarkan kenyataan sebaliknya kecaman pula yang diterima.

Berkongsi kenyataan di facebook Masjid Putra, netizen menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menjawab kepada persoalan sebenar.

Melalui video yang tular itu difahamkan orang kenamaan sejurus tiba terus dibenarkan masuk sebaliknya jamaah yang sudah beratur lama pula tidak dibenarkan.

“VIP tu patut datang awal la, baru adil, jaga la nama baik sendiri orang dah bagi kelebihan, tapi tunjuk la tauladan yang elok, bukan tunjuk kuasa,” komen Mohd Saufi.

Menurut pihak masjid, mana-mana jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat hendaklah daftar awal.

“Ade ke bukti VIP mendaftar awal.? Tiada disebutkan dlm surat,” soal Reza Zainal.

Bagaimanapun ada yang tidak berpuas hati dengan pengurusan masjid yang dilihat berat sebelah.

“Jangan macam ni pengurusan masjid. Anda semua jaga rumah Allah, bukan jaga VIP. Letih nak menjawab depan Allah nanti sebab nak cover perangai VIP cap ayam ni je,” komen Amirul Mukmin.

Kuota yang dikeluarkan oleh Masjid Putra adalah seramai 300 orang bagaimanapun ada yang mempersoalkan kuota yang sedikit berbanding keluasan masjid yang boleh memuatkan lebih daripada itu.

“Buat masjid besar besar…yg dapat solat 300 orang…yg 300 orang ni confirm ke tak kena covid?..serius la sop mengarut ..buka la untuk jemaah yg sudah lengkap vaksin..itu pun mahu kena ajar ka?…sop mengarut…,” komen Sabarudin MM.

“Dewan solat punyalah besar..klu solat jarak2 pn mampu lagi nk tampung lebih 1000 org..malangnya hanya dihadkan 300 org je..itupun dh dikira merobohkan sebahagian dari ruang masjid & menghalang2 orang utk ke rumah Allah..yg penting pawagam yg terkurung lebih 2 jam dibenarkan beroperasi dgn 50% ruang tmpt duduk..please la majlis agama dlm negara ni buatlah sesuatu utk memudahkan aktiviti masjid..jgn sampai 1 hari nanti org Islam sndri dah x pandang solat jumaat apetah lagi solat fardhu sbb dah terbiasa x solat..bertindak sblm terlewat,” komen Kamrul Ariffin.