Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Masjid Putra dibuka: Mujahid harap tiada lagi sekatan untuk pelancong

Masjid Putra dibuka: Mujahid harap tiada lagi sekatan untuk pelancong

SITI NU ZAWANI MISCON FOTO SYAFIQ ISKANDARJanuary 30, 2020 1:59 pm




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata, setakat ini tiada lagi penutupan membabitkan mana-mana masjid di Wilayah Persekutuan berikutan ancaman wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Beliau berkata, isu penutupan Masjid Putra di Putrajaya telah pun selesai dan setakat ini beliau tidak mendengar mana-mana masjid yang turut melakukan penutupan tersebut.

Beliau berkata, perkara yang sudah selesai diharapkan selepas ini tiada lagi halangan atau sekatan yang dikenakan terhadap pelancong yang ingin mengunjungi tempat umat Islam beribadat.

“Benda ini tak ada masalah. Kita telah bincangkan, dan kita telah maklumkan bahawa ianya dibuka dengan sebab sudah ada satu mekanisma bagi kita mengenalpasti secara rambang siapa yang dikesan ada virus. itu.

“Maka saya harapkan ia tidak menghalang pihak pelancong luar dari menziarahi masjid kita yang indah.

“Mereka boleh masuk Masjid Putra selagi kes ini berada di bawah kawalan dan tak membahayakan orang,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan buku Jenayah dan Hukuman Berdasarkan Undang-undang Islam: Sebuah Tafsiran Segar, di International Institute of Advanced Islamic (IAIS), hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa segala hal berkaitan masjid pelancongan yang berada di bawah persekutuan, akan dirujuk kepadanya dahulu.

“Jadi saya akan tahu (sekiranya masih terdapat larangan melawat masjid). Saya perlu tahu kenapa dan mengapa, serta alasan (sekiranya ada lagi penutupan di mana-mana masjid).

“Setakat ini saya tak dengar lagi sebab kita dah keluarkan satu keputusan. Tapi negeri lain saya tak tahu,” katanya.

Pada 26 Januari lalu, Bernama melaporkan Masjid Putra hanya akan dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan sembahyang, dan ditutup kepada pelancong asing.

Dua hari kemudian, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi ketika diminta mengulas perkara itu, berkata pihaknya akan menulis surat kepada pihak berkenaan agar menghentikan larangan seumpama itu.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata penutupan masjid atau muzium untuk pelancong bukan Islam bukanlah dasar kerajaan dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Hari ini, Masjid Putra di Putrajaya dibuka semula untuk dikunjungi pelancong asing, selepas ditutup sejak 26 Januari lalu.

Jurucakap pengurusan masjid juga berkata pihaknya akan melaksanakan garis panduan yang diberikan Kementerian Kesihatan ketika menerima kunjungan pelancong.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production