Masjid, surau perlu mesra kanak-kanak, kata Mujahid

Masjid, surau perlu mesra kanak-kanak, kata Mujahid
Nadzrul Zarfan Shahrul bersama Nasira Banu Rahim dan bapanya Shahrul Azly Kassim ketika hadir dalam satu pertemuan dengan Datuk Seri Dr Mujahid Yusf di Putrakaya hari ini.

Jawatankuasa Majid dan Surau disaran perlu lebih mesra kanak-kanak dalam usaha kerajaan untuk mengetengahkan konsep rahmah di persekitaran masjid dan surau negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, budaya masjid dan surau di negara ini yang kerap kali menyisihkan kanak-kanak daripada ruang solat di dalam madsjid dan surau.

Katanya, masjid rahmah yang diperkenalkan adalah sebuah tempat di mana dapat mengwujudkan satu suasana yang harmoni, mesra, aman dan saling hormat menghormati ketika melaksanakan ibadat di dalamnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media  yang diadakan hari ini kerana merujuk kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang kanak-kanak Nadzrul Zarfan pada 2017 ketika itu berusia 8 tahun, kepada Pengerusi Masjid di kawasan tempat tinggalnya yang mengusirnya daripada saf hadapan ketika ingin melakukan solat berjamaah.

Surat yang dihantar Nadzrul itu kembali tular sejak Jumaat lepas apabila ia dibawa naik dilaman sosial, twitter dan mendapat respon daripada  netizen dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang turut menjemput  Nadzrul Zarfan ke pejabatnya.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, ibu Nadzrul Zarfan Shahrul Azly, Nasira Banu Rahim, memberitahu sejak surat berkenaan diserahkan kepada pihak masjid, anaknya itu tidak lagi diusir  bersolat di saf hadapan.

“Saya merasakan ini satu yang sesuai dengan konsep masjid rahmah yang kami bawa, aman, harmoni, mesra dan hormat. Ini sangat positif dia cukup beradab dan profesional kerana kanak-kanak pelajar tahun 2 ketika itu, penuh beradab minta pengerusi berikan hak kanak-kanak di dalam rumah ibadat.

“Budaya masjid dan surau di negara ini kadangkala menghalau kanak-kanak tidak beri kerjasama. Isunya kalau kanak-kanak itu dapat kawal diri dan tidak ganggu jemaah…ia tidak menjadi isu.

“Apabila adik Zarfan menyebut begitu matang menegur pihak tertentu dengan sekeping surat yang bertanyakan adakah hadis yang mengatakan kanak-kanak tidak dibenarkan solat di saf pertama,” ujar Dr Mujahid yang turut membaca kembali perenggan surat tulisan tangan yang ditulis Nadzrul Zarfan dua tahun lepas.

Justeru kata Dr Mujahid lagi, beliau terpanggil untuk memanggil Nadzrul Zafran dan ibunya untuk bertemu beliau dalam satu pertemuan santai hari ini di pejabatnya.

“Saya memanggil sebagai satu penghargaan kepada kanak-kanak ini dan ibunya kerana dia dapat cakap secara sopan (menegur). Saya rasa ia boleh menjadi contoh kepada rakyat Malaysia, agar kanak-kanak dilayan dengan mesra.

“Sebab itu saya terpanggil untuk berjumpa dengan orang yang menulis surat ini sehingga surat ini menjadi viral di media sosial,” ujarnya.

Nadzrul Zarfan Shahrul, 10, menunjukkan surat yang pernah ditulisnya dua tahun lalu kepada Pengerusi Masjid.