Mastura akui hadir di kediaman Azmin bukan disuruh Hishamuddin

Mastura akui hadir di kediaman Azmin bukan disuruh Hishamuddin

Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengaku telah hadir di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi tetapi menurut beliau kehadirannya itu bukan disuruh Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Saya hadir bukan kerana Datuk Seri Hishammuddin suruh. Kami dijemput hadir dan berkaitan kawasan masing-masing,” kata dalam satu pesanan Whatsapp yang tular, , seperti dpetik laporan MalaysiaGazette har ini.

 Menurut wakil rakyat itu, dalam pertemuan tersebut beliau memanjangkan permohonan peruntukan bagi membina 264 buah rumah rakyat termiskin di kawasannya.

Permohonan tersebut telah diajukan kepada Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang ketika itu merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri namun proses tersebut terbantut apabila Allahyarham meninggal dunia.

“Allahyarham sedang dalam proses membantu mereka tapi telah pulang ke rahmatullah. Itu adalah antara beberapa permohonan yg saya panjangkan kepada DS Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Saya rela mengadap mereka demi rakyat saya. Begitu juga ahli-ahli parlimen lain. Hanya caranya berbeza.

“Saya bertekad ada satu lagi usaha yg perlu saya selesaikan ia itu hasrat arwah suami saya iaitu pembinaan Dewan Bukit Chandan yg telah diluluskan oleh Dato Johari Ghani sebelum ini tapi dibatalkan YB Lim Guan Eng,” kata wakil rakyat itu dipercayai merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid.

Katanya, beliau berterus-terang dengan semua sahabat kerana baginya pandangan mereka amat bermakna.

“Maafkan saya sekiranya saya tidak sempurna tapi saya hanya melaksanakan apa yg boleh untuk rakyat kawasan saya dan untuk memastikan perjuangan kita berjaya,” katanya.

Sementara itu seorang lagi ahli Parlimen berkata: “Tiada apa yang hendak dijelaskan. Saya (memikul) amanah rakyat… tak ada yang nak dirisaukan. Biri tetap biru dan Umno di hatiku.”