Malaysia Dateline

‘Masuk showroom BMW berselipar jepun tak dilayan, lepas tabur RM100,000 tunai berebut salesman datang’

Ini satu kisah yang boleh dijadikan iktibar di mana seorang lelaki mendedahkan kawannya berselipar jepun masuk ke ‘showroom’ untuk membeli sebuah kereta jenama BMW, tetapi tidak dilayan.

Memang benar penampilan serta rupa paras seseorang pada masa kini menjadi kayu ukur kepada kedudukan seseorang itu.

Tidak hairanlah sekiranya mereka yang berpakaian kemas serta berjenama mewah sering dianggap sebagai kaya-raya berbanding dengan mereka yang hanya ‘sempoi’ dan berpakaian hanya ‘biasa-biasa’ sahaja.

Kisah pendek dan penuh dengan pengajaran sebagaimana yang dikongsi oleh Zainuddin Omar di Facebooknya yang menasihatkan agar jangan terlaku memandang hina kepada gaya pemakaian seseorang.

Ikuti perkongsian beliau ini;

Ini cerita pendek yang boleh dijadikan iktibar.

Pada tahun 80’an saya mempunyai seorang rakan sepermainan badminton bernama Harun (bukan nama sebenar).

Beliau berbadan gemok lebih kurang 150kg tetapi tersangat suka bermain badminton beregu.

Harun jenis orang simple, happy go lucky, berpakaian cumpang-camping dan hanya berselipar jepun ke mana-mana.

Beliau bercerita pernah memasuki sebuah showroom BMW untuk beli sebiji BMW E30 325iX.

Pada zaman 80’an BMW ini memang kereta orang kaya kerana harga lebih 100,000 ringgit.

Apabila masuk showroom dengan pakaian cumpang-camping dan berselipar jepun, tiada seorang salesman pun mahu melayan beliau.

Walaupun dipanggil, tiada siapa datang kerana Harun tidak nampak seperti seorang yang serius mampu membeli sebiji kereta BMW.

Keesokkan hari Harun mengeluarkan duit dari bank 100,000 ringgit dan masukkan ke dalam briefcase.
Beliau pergi semula ke showroom BMW tersebut.

Walaupun tiada siapa melayan, beliau membuka briefcase dan menabur duit 100,000 ringgit atas meja.

Baru berebut salesman datang melayan beliau kerana Harun ingin membeli BMW E30 325iX secara tunai.

Sebenarnya rakan saya ini seorang yang kaya kerana telah menjual tanah (tapak Hilton KL sekarang) dengan harga 5 juta ringgit. Tanah tersebut diwarisi dari bapa beliau.

Beliau tidak bekerja dan setiap hari bermain badminton sahaja.

Moral of the story.

Kepada salesman semua, layan setiap customer sebagai potential client dan jangan pandang hina mereka yang berpakaiam cumpang-camping dan tidak smart.

Banyak kes yang nampak berpakaian smart adalah mereka yang tak berduit tetapi berlakon kaya dan seorang scammer.

Ahaks.

Baca juga: Mula-mula ayah angkat, sekarang suami-Wanita 25 tahun luah perasaan pada lelaki usia 46 tahun

Baca juga: Majlis ‘kesyukuran’ paling unik, pengarah bank lempar duit RM15 kepada pengunjung