Malaysia Dateline

“Masuk undi esok jangan benci sesiapa kerana musuh sebenar kita rasuah, perkauman dan ketidakadilan”

Esok adalah hari mengundi namun penyandang kerusi Bukit Mertajam mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak membenci sesiapa kerana musuh sebenar mereka ada rasuah, perkauman dan ketidakadilan.

Melihat sosok dua anak muda yang memakai baju t-shirt Harapan Jalan Teruih dan BN menyentuh hati calon DAP Steven Sim Chee Keong kerana saling bantu membantu.

“Saya rasa terharu sangat-sangat. Baju kita lain-lain, tapi kita semua rakyat Malaysia,” katanya.

Menyertai dunia politik katanya bukan sebab membenci orang lain atau sesiapa tetapi untuk menolak rasuah, perkauman dan ketidakadilan.

Melalui hantarannya kata beliau penyelesaian kepada masalah negara hari ini bukan dengan kebencian, tetapi dengan keadilan.

Manakala katanya kemiskinan pula tidak boleh diselesaikan dengan kebencian tetapi keadilan.

“Masalah sosial tidak boleh diselesaikan dengan kebencian tetapi keadilan.

“Isu-isu pembangunan tidak boleh diselesaikan dengan kebencian tetapi keadilan.

“Musuh kita bukan orang Pas atau orang Umno. Bukan orang MCA atau Gerakan. Bukan orang GPS atau GRS.

“Musuh kita adalah rasuah, perkauman dan ketidakadilan,”kata beliau.

Justeru esok 19 November, katanya “kita tidak akan masuk ke dalam pusat undi dengan perasaan benci kepada siapa-siapa.

“Kita mengundi kerana kita kasih kepada keluarga, kasih kepada kampung halaman, kasih kepada negeri dan kasih kepada negara, tanah air tercinta Malaysia .

“Sebelum pergi mengundi besok, bahawasanya kita berjuang kerana kasih dan sayang bukan kerana benci dan dendam,” katanya.

Baca juga: 19 November menobatkan Anwar Ibrahim PM10

Baca juga: Guna wayar terendam dalam air banjir, warga Bangladesh maut terkena renjatan elektrik