Malaysia Dateline

Masyarakat awam perlu tahu apa kesan daripada pindaan Perkara 49A

Susulan kerajaan meluluskan RUU Anti Lompat Parti ramai yang bertanyakan hal ini dan mungkin bagi masyarakat awam yang paling perlu diketahui adalah kesan Pindaan Perkara 49A.

Draf rang undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan berhubung antilompat parti yang asal membabitkan pindaan ke atas Perkara 10 dan kemasukan Perkara 49A.

Cadangan pindaan peruntukan baharu Perkara 49A menyentuh definisi lompat parti akan dikemukakan dalam bentuk akta selepas ini.

Ini penjelasan peguam Dr Zuqarnain Lukman berkenaan apa kesan daripada Perkara 49A;

Pertama, kekosongan kerusi Ahli Parlimen itu akan berlaku bila mana:

a) Ahli Parlimen itu bertanding atas satu tiket parti dan menang dan selepas itu:
i) dia melepaskan keanggotaan parti itu; atau
ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti itu; atau

b) Jika ahli Parlimen itu bertanding sebagai bebas dan menang, setelah itu menyertai satu parti politik.

Kedua, Ahli Parlimen itu tidak terhenti menjadi ahli Parlimen hanya disebabkan oleh:

a) pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya;

b) pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dia dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan;

c) pemecatannya sebagai ahli parti politiknya.

Perkataan “anggota suatu parti politik” termasuk Ahli Dewan Rakyat yang bukan ahli mana-mana parti tetapi dia adalah anggota gabungan itu. Contohnya, anggota parti A yang juga Ahli Dewan Rakyat tidak gugur keahlian Dewan jika parti A meninggalkan gabungan itu. Contohnya macam PPBM keluar daripada PH.

Masyarakat awam perlu tahu apa kesan daripada pindaan Perkara 49A
Pindaan RUU Anti Lompat Parti oleh Perdana Menteri

Seseorang ahli Dewan Rakyat juga tidak gugur keahlian Dewan itu jika:

a) Parti A bergabung dengan Parti B untuk menjadi Parti C. Contohnya konon, Umno bergabung dengan Pas membentuk Parti Muafakat Nasional. Anggota Umno dan Pas itu tidak gugur keahlian.

b) Parti A dibubar atau parti A dibatalkan pendaftaran. Kemudian anggota Parti A itu masuk Parti B maka anggota Parti A tidak gugur keahlian Dewan. Contohnya, ahli Parlimen parti DAP, kemudian DAP dibatalkan pendaftaran oleh ROS, kemudian ahli DAP masuk parti Amanah maka keahlian dewan tidak gugur.

c) Anggota Parti A dipecat daripada parti itu, sama ada atau tidak dia menyertai parti politik lain atau membentuk suatu parti politik baharu, tidak gugur keahlian Dewan. Contohnya, ahli parlimen Shah Alam dipecat daripada Amanah maka tidak gugur keahlian Dewan. Tetapi jika Ahli Parlimen Kuala Nerus istihar keluar parti maka akan gugur keahlian Dewan.

Perbahasan mengenai RUU ini boleh dilihat dalam Hansard Parlimen tarikh 27 dan 28 Julai 2022.
(Link Hansard 28 Julai 2022 belum ada) Jika malas membaca boleh aja masuk youtube parlimen.

Sesi penggulungan Menteri pada 28 Julai 2022 amat mustahak untuk diteliti kerana banyak persoalan berbangkit yang dijawab oleh Menteri dan pastinya Mahkamah juga akan mengambilnya sebagai panduan jika berlaku kes Mahkamah.

Baca juga: Lelaki pasang muzik tutup jeritan isteri, 2 anaknya yang dikurung selama 17 tahun

Baca juga: Padah tendang muka isteri akibat cemburu, lelaki bakal berdepan penjara 2 tahun