Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Masyarakat di Sarikei disaran peka berkaitan wabak COVID-19

Masyarakat di Sarikei disaran peka berkaitan wabak COVID-19

Oleh MAHDAR BUJANGFebruary 15, 2020 6:13 pm




Rakyat Sarawak khususnya di Bahagian Sarikei disarankan agar sentiasa peka serta mengambil langkah berjaga-jaga ekoran kejadian wabak COVID-19 yang melanda China termasuk negara lain ketika ini.

Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu berkata, walaupun belum ada kes wabak berkenaan dilaporkan di bahagian ini, namun rakyat perlu sentiasa mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang wabak tersebut.

Untuk itu, katanya, beliau menyambut baik langkah yang diambil oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak yang terus menyampaikan maklumat tentang isu serta info terkini melalui Program Info On Wheels (IOW) yang diadakan di seluruh negeri ini.

“Melalui inisiatif ini, kaedah penyampaian maklumat secara bersemuka terus digunakan agar masyarakat mudah memahami dengan lebih jelas tentang makumat yang disampaikan.

“Justeru, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati,” ujar beliau semasa ditemui pada Program IOW di Pasar Sentral Sarikei di sini, pagi tadi.

Program IOW merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.

Pada masa sama, Wong turut meluangkan masa untuk bertemu penduduk serta masyarakat di sekitar sekali gus menyampaikan risalah berkenaan terutamanya risalah tentang COVID-19 dan kemudahan E-Tunai.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Swady Guliling berkata, pihaknya kini sedang giat mengadakan program IOW yang melibatkan hebahan maklumat melalui unit bergerak bukan sahaja di negeri ini malah di seluruh negara.

Beliau menyatakan sebanyak 200 risalah telah diedarkan pada program di Sarikei pagi ini.

“Ini adalah sejajar dengan objektif jabatan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat terhadap dasar, program dan inisiatif kerajaan selain menangkis penularan berita tidak benar yang dilaporkan.

“Program turun padang IOW ini akan terus diadakan dari masa ke semasa untuk memberikan info serta maklumat yang tepat dan sahih kepada rakyat di negeri ini,” tegasnya.

Sejurus selepas program berkenaan, Swady turut berkesempatan melakukan lawatan ke Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Bintangor.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Rintihan pekerja kilang dilanda Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production