Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH,kata Waytha Moorthy

Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH,kata Waytha Moorthy

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memastikan peruntukan RM100 juta yang dikhususkan untuk kaum India dalam Belanjawan 2019 dapat membantu meningkatkan taraf  sosioekonomi golongan yang memerlukan dalam kalangan masyarakat kaum itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy berkata nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.

“Keadaan sekarang berbeza berbanding sebelum ini di mana masyarakat India tidak menikmati sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh kerajaan terdahulu walaupun ada unit hal ehwal masyarakat India bagi menjaga kepentingan kaum itu, “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di sini malam ini sempena sambutan perayaan Thaipusam semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata sambutan Thaipusam pada kali ini lebih meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan pelancong asing di beberapa lokasi tumpuan penganut Hindu untuk meraikan perayaan itu.- BERNAMA