Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Masyarakat perlu jadi tunjang keharmonian hubungan antara kaum

Masyarakat perlu jadi tunjang keharmonian hubungan antara kaum

BernamaJuly 19, 2019 9:19 am




Masyarakat di negeri ini perlu komited untuk menjadi nadi dan tunjang keharmonian hubungan antara kaum bagi memastikan nikmat perpaduan dapat dikecapi sehingga ke generasi akan datang, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata kerajaan negeri memberi penekanan serius terhadap aspek perpaduan antara kaum di negeri ini.

“Saya percaya apabila berlaku integrasi kaum ia mampu memupuk semangat perpaduan, keharmonian pelbagai kaum dan cintakan negara.

“Selain ia juga dapat memupuk semangat hormat-menghormati, memahami adat dan budaya rakyat berbilang kaum,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam & Bermesra Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di sini.

Aminuddin berkata kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan adalah kerajaan untuk semua rakyat di negeri ini dan berfikiran terbuka serta menghormati semua kebudayaan dan adat resam setiap kaum di Negeri Sembilan.

Tambahnya, Majlis Gabungan Pertubuhan India Negeri Sembilan melalui persatuan di bawah gabungannya sering menganjurkan pelbagai program kebajikan, kemasyarakatan, kebudayaan dan sukan.

“Usaha baik ini harus diteruskan pada masa akan datang kerana memberi kebaikan kepada masyarakat selain berharap mahu melihat Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan agar lebih makmur, maju dan rakyatnya sentiasa bersatu padu,” katanya.- BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production