Malaysia Dateline

Maszlee mahu Program Sarapan Pagi percuma diteruskan tanpa diskriminasi

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengulangi pendiriannya agar Program Sarapan Pagi Percuma untuk semua murid sekolah rendah dilaksanakan semula tanpa diskriminasi.

Ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) September lalu, Maszlee turut menyuarakan pandangan sama agar program PSP diteruskan kepada 4.79 juta murid di seluruh negara.

Program PSP merupakan inisiatif digerakkan oleh Pakatan Harapan yang mengikut perancangan akan dilaksanakan awal tahun 2020, namun tergendala selepas kerajaan Malaysia bertukar kepimpinan.

“(Isu) Timah, Sajat, Freemason, saya tidak mahu masuk campur.

“Saya hanya mahukan Program Sarapan Pagi Percuma untuk semua anak-anak sekolah rendah tanpa diskriminasi.

“Demi masa depan negara, pembangunan holistik murid, membantu golongan B50, M30 dan pengusaha kantin yang terjejas,” ciapnya di Twitter hari ini.