Maszlee  permata tidak ternilai buat pengundi Simpang Renggam, kata Wardina

Maszlee permata tidak ternilai buat pengundi Simpang Renggam, kata Wardina

Pencalonan ahli akademik Dr Maszlee Malik di kerusi Parlimen Simpang Renggam, Negeri Johor di ibaratkan pengacara dan pelakon Wardina Safiyah sebagai ‘permata’ yang tidak ternilai.

Wardina dalam kenyataan di facebooknya berkata, beliau secara peribadi mengenali rapat bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan keluarganya.

“Kerana saya kenal keluarga Dr Maszlee. They are an amazing, Islamic, beautiful family. He walks the talk.

“Jadi, buat pengundi Simpang Renggam – you have a gem in your hands! A kind hearted, sincere person. Ikhlas, baik, jujur, beretika, bijak, dan telah sekian lama melakukan kerja amal.

“Moga Allah beri kemenangan kepada Dr Maszlee. Moga Allah membalas pengorbanan yang tidak mudah ini,” ujarnya.

Dr Maszlee antara salah seorang calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah menyertai parti itu pada Mac lalu.

Menurut Wardina lagi, ramai yang bertanya kepadanya siapa yang patut mereka undi.

“Buat mereka yang mungkin seusia dengan saya, pemikiran yang lebih kurang serupa, ibu-ibu muda… (pujuk mak sekali undi lol). Calon-calon begini lah seharusnya menjadi sandaran kita untuk Malaysia yang lebih baik.

“All the best Dr Maszlee. Our prayers are with you and family! 🙂

“No I won’t just endorse “anyone”, ujarnya.

Semalam Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen dan Dun. Bersatu bertanding di 10 kerusi parlimen dan 18 kerusi negeri pada PRU14 kali ini.

CATEGORIES
TAGS