Malaysia Dateline

Maszlee umum letak jawatan Menteri Pendidikan

Dr Maszlee Malik sebentar tadi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa esok.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di lobi Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, keputusan perletakan jawatan tersebut bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu.

“Percayalah, reformasi tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan utama,” katanya.

Dr Maszlee turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah memberinya peluang menerajui kementerian tersebut.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berjanji akan meneruskan khidmat kepada negara atas pelbagai kapasiti lain termasuk melalui PPBM.

Terdahulu, Dr Maszlee dikatakan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Putrajaya.

Sebelum menyertai Bersatu, Maszlee merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).