Malaysia Dateline

Mat Sabu adakan pertemuan dengan kementerian perdagangan teliti isu berkaitan bekalan makanan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohammad Sabu berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayob semalam bertujuan membincangkan isu kecukupan bekalan makanan.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu turut membincangkan isu-isu yang sedang dihadapi dan bersangkut-paut dengan kedua-dua kementerian.

“Saya telah dimaklumkan tentang usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh kedua-dua kementerian ini dan saya harap segala perancangan dan strategi yang telah diatur itu dapat dijayakan untuk kebaikan Malaysia.

“Kami (MAFS) dan (KPDN) juga sepakat untuk terus bekerja bersama-sama demi Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu, pertemuan tersebut turut disertai Ketua Setiausaha (KSU) MAFS dan KSU KPDN serta pegawai kedua-dua kementerian.

Baca Juga: Beli beg pakaian daripada barangan lelong, satu keluarga terkejut lihat isinya

Baca Juga: PM Anwar jamin tiada kenaikan tarif elektrik tetapi meningkat secara berfasa untuk syarikat multinasional